Upin & Ipin : Episod Baru Dan Trailer
Setelah lebih seminggu menanti episod sambungan siri animasi Upin & Ipin, akhirnya episod 5 & 6 siri mini itu menemui peminat setia si kembar botak menerusi Channel 9, Dekat Di Hati. Episod 5 dengan tajuk Esok Raya ditayangkan pada hari Jumaat, sehari sebelum Malaysia menyambut Aidilfitri. Manakala, episod akhir siri itu disiarkan pada hari Sabtu, menceritakan kegembiraan Upin & Ipin menyambut Aidilfitri setelah berpuasa penuh sebulan. Mari kita tengok kesudahan cerita ini.
[youtube ermQ3DcHhZI nolink]
[youtube VH7X1j34S84 nolink]
Les’ Copaque Production baru-baru ini telah melancarkan trailer untuk siri animasi Upin & Ipin bagi mempromosikan animasi tempatan ini. Kepada adik-adik abang akak, jangan lepaskan peluang menonton aksi mencuit hati si Upin & Ipin ini. Betul betul betul lucu.
[youtube rhTcbULkvNA nolink]
Sumber dari TV9 : Rating Upin & Ipin : 1 Juta penonton.
Sumber dari TVRI : Rating Upin & Ipin : 740 000 penonton (hanya penonton di Jakarta sahaja, tidak termasuk daerah lain).
Syabas dan tahniah kepada kumpulan produksi & Les’ Copaque Production!!
bro..sejak ko kasi link dwnload 1-4 aku minat benar cite mi..haha…
memang besh aku lyan walaupun tak muda lg
ye la… aku sorg je la yg muda ahaks~
tq bos…link doloq kmu memudahkan sya..hehehe
slamat hr raye kpd pmnat upin n ipin…mr oden!!!