Tanda-Tanda Anda Bayi Tahun 80-an

Kita membesar dengan menonton G-Force, He-Man, Transformers, Thundercats, Masked Rider, Jet-man, Flyman, Ultraman, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Doraemon, Power Rangers, Tomatoman dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah. Hmm.. mesti pegang cawan warna-warni kan? Mencangkung kat tepi parit dengan classmates semua kat sebelah.

Ingat tak misi kat sekolah masuk kelas dengan list dentist appointment. Pastu dengar bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kene la tampal.


Ni sure korang ingat. Program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak-budak time tu minum susu. Sekotak 50 sen je beb.

Cikgu-cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan kan?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen je kat kantin. Air cawan kecik 10 sen ja.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular untuk meluangkan masa dengan family. Ni for those yg dok KL la.

Time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan China tu. Ada yang suka stoking tebal la.

Internet? Email?Mendalah ape tu?

CD? Ape tu? Kaset tape penah la dengar. Tiket wayang pun 5 ringgit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, Tora. Ingat iklan Tora? “TORA DATANG LAGI DENGAN..”. Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum, chewing gum hitam putih, tak dilupakan, ‘Ti Kam’.

Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family la dalam class.

Tapi bunyi loceng la yang paling best skali. Boleh beli ais krim ngan apek kat luar sekolah tuh.

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggalkan keje sekolah, jom kita pegi makan. Budak-budak yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola la, rounders la. Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, kejar-kejar duduk, galah panjang.

Kita hilangkan dahaga dengan ais krim 10 sen. Yang tube ais krim, ada banyak-banyak color tu. Kalau nak makan, kene patahkan kat tengah-tengah die!

Lipat kertas kecik-kecik, pastuh buat lastik. Hmm.. ni pun kita main dulu ni. Baling-baling kapur la. Buat topeng guna kertas la.

Hmm…budak-budak kat universiti sekarang, kebanyakannye lahir tahun 1987/88. Sekarang digelar ‘remaja’.

Bagi diorang, diorang mane penah dengar lagu ‘We Are the World, We Are the Children’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorang tau, yang Westlife nyanyi, bukan Billy Joel nyanyi. Mana tau Nirvana. Kurt Cobain tuh diorang ingat apa ntah.

Bagi diorang, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorang lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem-filem baru.

Diorang tak bley bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.

Diorang tak penah tau pun ‘Atari’ dengan ‘Game & Watch’,'Game Tape’.Sekarang semua pakai cd je. PsOne, Ps2, PS3, Xbox, Wii.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih. Dan diorang sekarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

Dan diorang tak paham macam mane kite boleh survive dekat universiti tanpa handphone.

Hmm.. jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. Korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum.

2. Kebanyakan member-member sekolah rendah kite dah hilang entah ke mana.

3. kebanyakan member-member sekolah menengah kite dah kawin.

4. Korang sure pelik bile nengok budak-budak kecik main komputer, selamba je.

5. Kita geleng kepala bile nengok budak-budak sekolah menengah guna handphone. Dulu handphone besar penyepak.

6. Kita dah tak banyak sembang-sembang dengan member melalui telefon lagi setiap hari.

7. Bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite-cerite lame, cerite-cerita kelakar yang kite alami mase dulu time kecik-kecik, nakal-nakal dulu.

Last sekali, bile dah bace entri ni, korang akan terpikir untuk forwardkan dekat member-member lame korg. Sure diorang suke punye la. Hehehe.

Yaa, kite pun dah semakin tua!! Teringat zaman-zaman dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!

RSS feed | Trackback URI

2 Comments »

Comment by zahidhasnan
2007-09-28 15:37:41

isk²…tringat aku zaman sekolah2 dulu…adesss…

 
Trackback by Cheap soma.
2008-01-20 13:25:06

Cheap soma.

Buy soma online order soma and get cheap soma. Cheap soma watson. Cheap soma. Soma buy soma cheap soma soma online. Cheap soma indice.

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.