Sputnik Kini 50 Tahun

Sputnik 1
Hari ini Sputnik menyambut ulang tahunnya yang ke 50. Satelit buatan ini memainkan peranan penting dalam penyelidikan dan penerokaan aeroangkasa masa kini. Pelancaran Sputnik juga membawa kepada penubuhan Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) selain Agensi Angkasa Kebangsaan. To Sputnik, Happy 50th Anniversary!

Logo Google Untuk Sambutan 50 Tahun Sputnik
Sputnik Dan Permulaan Era Angkasa
Sejarah tercipta pada 4 Oktober 1957, apabila Soviet Union berjaya melancarkan Sputnik 1, satelit buatan pertama di dunia yang bersaiz sebiji bola tampar pantai (58sm), dengan berat hanya 83.6kg, dan mengambil masa lebih kurang 98 minit untuk mengelilingi bumi pada laluan membujurnya. Pelancaran itu mejadi perintis dalam pembangunan politik, ketenteraan, teknologi, dan kajian saintifik baru. Ia juga menandakan bermulanya era angkasa dan perlumbaan angkasa antara Amerika Syarikat dan Soviet Union (kini Rusia).
Pada 1952, International Council of Scientific Unions (ICSU)bersepakat memutuskan 1 Julai 1957 hingga 31 Disember 1958 sebagai Tahun Geofizik Antarabangsa (IGY). Ini kerana para saintis percaya bahawa kitaran aktiviti solar mambawa manfaat besar kepada semua. Oktober 1952, Majlis menerima cadangan untuk pelancaran satelit buatan bagi mendapatkan imej permukaan bumi semasa sambutan IGY.
Kejayaan Sputnik mendapat perhatian dunia. Masyarakat bimbang kebolehan Soviet melancarkan satelit boleh membawa kepada pelancaran peluru berpandu. Sekali lagi pada 3 November, Sputnik 2 dilancarkan, dengan membawa muatan yang lebih besar bersama seekor anjing, bernama Laika.

Anjing Angkasa Pertama, Laika
Pada 31 Januari 1958, Amerika Syarikat berjaya melancarkan Explore I, satelit buatan pertama mereka bersama bahan saintifik yang membawa kepada penemuan “Magnetic Radiation Belts“. Kejayaan Program Explorer membawa kepada penciptaan kapal angkasa masa kini.

Prototaip Sputnik 2

Explorer 1
cayalah bro! aku sendiri xtau apa bende sputnik ni..
kalo ko minat pasal aeroangkasa ko akan tau. tak silap aku, kite ade blaja dlm sains dulu . uhuhu