Selamat Kembali Angkasawan Malaysia!

Soyuz TMA-10 keluar dari Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS) kira-kira pukul 3.14 petang waktu Malaysia untuk pulang ke bumi. Selepas 11 hari berada di angkasa lepas, angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha akhirnya selamat kembali ke bumi. Kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa beliau bersama Komander, Fyodor Yurchikhin dan Juruterbang Penerbangan, Oleg Kotov mendarat di Arkylk, Kazakhstan, kira-kira 340km daripada tempat asal pada pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia), selepas 3 jam 23 minit perjalanan dari ISS.

Kredit : Agensi Angkasa Eropah
Semasa kapsul angkasa itu berlepas dari ISS pada pukul 11.15 pagi, semua pihak mulai berdoa untuk keselamatan pendaratan Soyuz TMA-10, kerana impak terhadap kapsul itu semasa ia memasuki ruang atmosfera bumi cukup kuat apabila ia bergerak pada kelajuan 755 meter sesaat.
Bagaimanapun impak itu diminimumkan selepas payung terjun khas dibuka dari kapsul angkasa itu pada ketinggian 10 km sebelum ia mendarat di bumi.
Sumber : Utusan Malaysia
awwww! abg mus i dah selamat kembali ke bumi. yayayaya!
Semoga manfaat dapat kepada semua.
tahniah bro mus! baik2 jaga sumer kajian tuh! giler sensitif sumer kajian tuh. ada yang sensitif gegaran lah, sensitif suhu lah…. semoga kajian berjaya giler2 punye! baru la tak sia-sia 90 juta!
actually, fund yg digunakan utk hantar angkasawan tue adalah perjanjian timbal balik. pasal kite beli sukhoi, tu yg dpt anta angkasawan. so, sng ckp, blh kata separa free laa naik roket tue. tapi selepas ni, mmg btul2 kita byr utk antar angkasawan, maybe dr.faiz akan stay lama kat sana, 9 bulan maybe?
aku mau ikut….
Tahniah atas kejayaan mengharumkan nama negara
syabas dan tahniah dr sheikh…