Selamat Hari Merdeka, Malaysia!! 31.08.07

Kemerdekaan Malaysia Ke-50

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Begitu meriah Sambutan Ambang Merdeka di Dataran Pavallion, Pusat Ko-kurikulum Universiti Teknologi Malaysia, Skudai semalam. Seawal jam 9.30 malam aku bersama rakan-rakanku telah tiba di sana. Masih tidak ramai orang yang hadir ketika itu. Sambil menanti, kami mendengar Bicara Tokoh oleh penceramah jemputan. Banyak cerita-cerita menarik disebalik tabir Kemerdekaan Malaysia. Tidak dinafikan, aku memang meminati mata pelajaran Sejarah sejak dari tingkatan satu lagi. Cuma aku begitu malas untuk membaca , terutama perkara yang berulang-ulang. Tepu.

Sementara menanti detik 12.00 tengah malam, upacara menerima baton akhir “100 Hours Non-Stop Relay Run” dijalankan. Universiti Teknologi Malaysia menerusi usaha gigih Fakulti Pendidikan telah menempa nama dalam Malaysia Book of Records untuk larian tanpa henti selama 100 jam dengan memecah rekod yang sama oleh Akademi Tentera Malaysia (kini Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) pada tahun 2005. Jam 11.45 malam menyaksikan ketibaan Konvoi Bermotosikal Jelajah Kampus diiringi beberapa peserta berkuda.

Tepat jam 12.00 tengah malam, laungan keramat “Merdeka“, dilaungkan diketuai Tan Sri Naib Canselor diikuti nyanyian lagu Negaraku dan upacara menaikkan bendera Malaysia. Seterusnya, persembahan bunga api dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

P/s: Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia atas kejayaan menjadi Juara Pesta Bola Merdeka, membenam Myanmar 3-1. Chayok!!

foto by rasso. tq.

Related Articles

5 Comments

  • salam kemerdekaan bro… :D

    aman
    Fri 31st August, 2007
    reply
  • Oit… bukan datuk NC lah.. tapi Tan Sri la… ehehehe

    rasso
    Fri 31st August, 2007
    reply
  • Meriah betl ye malam merdeka ari tu

    kaSyah
    Sat 1st September, 2007
    reply
  • aman,
    salam kemerdekaan gak bro.

    rasso,
    a’ah la. cmne leh xingt nih. ok da updated!

    kaSyah,
    sgt meriah. heheh. tnye rasso..kan??

    od3n
    Mon 10th September, 2007
    reply
  • perh..skali gmba aq masok r….hehehe…

    usop
    Fri 27th June, 2008
    reply