Ruang Bual Untuk Google Talk

Buka aplikasi Google Talk anda. Cuba anda perhatikan apakah ciri-ciri penting Instant Messaging yang tidak terdapat dalam Google Talk? Jika anda suka mencari kenalan dari luar negara, pasti anda sudah tahu jawapannya.

PartyChat memberikan penyelesaian kepada kekurangan ini. PartyChat, ruang bual ciptaan seorang pekerja Google, Akshay Patil untuk Google Talk kepada anda. Satu lagi kejayaan projek sumber terbuka.

Add partychat#@gmail.com sebagai contact (dimana ‘#’ adalah nombor dari 0-9, anda juga boleh guna partychat@gmail.com) dalam Google Talk.
Untuk mencipta PartyChat, gunakan /make [group_name] [optional_password]
Untuk sertai PartyChat sedia ada, gunakan /join [group_name] [optional_password]
Untuk tinggalkan PartyChat, taipkan /leave
Untuk senarai arahan, taip /commands
Umumnya, anda tidak meninggalkan PartyChat. Kerana itu anda masih boleh menerima mesej walaupun setelah anda tutup tetingkap window atau log keluar.
good info bro..tq.
next week balik rumah aku try
Best gak ni…tp mcm xramai je pengguna googletalk ni.
boley jek pakai dlm gmail.tu kan?
yup. aku suke lg gune gtalk im drp yg integrated dlm gmail. dpt je msg, kuar pop up. cool je.. cm ym..
saya berasa bangga kerana telang menggunakannye..
erk..
rasanya command tu macam tersilap..
patutnya, kalau nak buat channel, /create [groupname] [password]
dua2 boleh.. kalo kt gtalk kuar command tue, kalo kat site pengasas die, die tulih /make [group_name] [optional_password]. aku da try, dua-dua jalan..