Restore Mac Anda Dengan Time Machine 18.02.10

  • Mac OS X
  • Comments Off on Restore Mac Anda Dengan Time Machine
  • 0
  • Time Machine merupakan sistem backup untuk pengguna Mac OS X dimana anda boleh mendapatkan kembali fail-fail lama atau dokumen yang didelete secara sengaja atau tidak.

    Selain itu, dengan Time Machine juga anda boleh restore kembali seluruh sistem anda sekiranya berlaku keadaan yang tidak diingini atau kegagalan sistem untuk berfungsi.

    Hanya dengan menjalankan Time Machine dan biarkan ia melakukan backup ke atas sistem anda, tiada lagi yang perlu dirisaukan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak disangka.

    Langkah-langkah untuk restore Mac anda dengan Time Machine :

    • Sambungkan hard disk backup anda ke komputer.
    • Pasang komputer.
    • Masukkan Mac OS X Install disk ke dalam dvd drive.
    • Boot dari DVD tersebut atau tekan kekunci “C”.
    • Pilih bahasa pilihan anda kemudian continue.
    • Pilih “Utilities” > “Restore System from Backup” dari menu di atas.
    • Pilih sumber backup anda.
    • Tekan butang “Continue”.
    • Klik pada tarikh dan masa pilihan sumber backup.
    • Klik “Continue”.
    • Pilih hard disk untuk lokasi restore.
    • Klik “Restore”. Proses ini akan mengambil sedikit masa bergantung kepada saiz backup.

    Related Articles

    Comments are closed.