Print Screen Dalam Mac OS X 26.11.09

Terdapat beberapa cara untuk print screen dalam Mac OS X.

  • Buka skrin yang ingin dicapture.
  • Tekan kekunci Command ⌘ + Shift + 3 dan lepaskan semua.
  • Buka desktop anda dan lihat skrin yang telah disimpan.

Untuk print screen sebahagian dari skrin anda :

  • Buka skrin yang ingin dicapture.
  • Tekan kekunci Command ⌘ + Shift + 4 dan lepaskan semua.
  • Penunjuk tetikus akan bertukar ke bentuk +.
  • Pilih bahagian skrin yang ingin dicapture.
  • Sebaik selesai, buka desktop anda dan lihat skrin yang telah disimpan.

Print screen tetingkap tertentu :

  • Buka skrin yang ingin dicapture.
  • Tekan kekunci Command ⌘ + Shift + 4 dan lepaskan semua.
  • Tekan kekunci space bar sekali.
  • Penunjuk tetikus akan bertukar ke bentuk kamera.
  • Gunakan kamera untuk memilih tetingkap yang ingin dicapture.
  • Sebaik selesai, buka desktop anda dan lihat skrin yang telah disimpan.

Ia sangat mudah bukan? Tidak perlu untuk membuka sebarang aplikasi seperti Paint untuk copy dan paste dari clipboard.

Related Articles

Wanna say something?

If you've got an opinion about Print Screen Dalam Mac OS X - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!

:

: