PIKOM PC Fair 2007 III @ Johor

PIKOM PC Fair kembali lagi. Untuk kali ketiga bagi tahun 2007, PIKOM PC Fair 2007 III negeri Johor dilangsungkan di Persada Johor International Convention Centre. Aku tidak ketinggalan untuk meluangkan masa menziarahi booth-booth yang bersepah, lookin’ sambil mencari-cari satu dua buah tangan untuk di bawa pulang sebagai kenang-kenangan.
Akhirnya, aku menemui juga sebuah kotak switch keluaran TP-LINK untuk dipasang pada unit komputer bilik cyber MA04-101 Kolej 11. Tujuannya, untuk berkongsi capaian Maxis Broadband aku bersama teman-teman lain selain berkongsi koleksi fail-fail menarik dan movie-movie baru yang berjaya disedut. Penjimatan kos saraan bulanan tidak dinafikan.

Masa ondaway nak balik, aku tercari-cari sebuah lagi booth yang patut ada. Nikon. Tercari-cari lagi model kamera idaman. Model Coolpix P5100 menarik minat. Aku mahu ini sebagai hadiah Krismas Raya Haji nanti. Sesiapa di sana ada yang sudi?? Oh Nikon Coolpix P5100 idamanku..

No comments yet.