Peristiwa Semalam

Semalam, peristiwa malang menimpa kawan-kawanku di blok MA04 ini. Kehilangan 7 ketul telefon bimbit membuatkan semua warga Palapes Laut gempar. Kecurian berlaku ketika orang ramai pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail. Hanya dari 2 bilik, 7 handset sudah diperoleh.
Sasaran utama pencuri itu adalah telefon bimbit. Alhamdulillah, 3 biji laptop dilokasi berkenaan, selamat. Mungkin saiznya yang agak besar, membuatkan si pencuri terpaksa melupakan rezeki dosa besarnya untuk hari itu. Bilik siber ini juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Syukur. Kami masih mencari-cari suspeknya. Jahanam.
Petang itu, aku terima pesanan ringkas daripada salah seorang pegawai muda kami. Kami menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dato’ Timbalan Naib Canselor, merangkap Timbalan Komandan Palapes UTM di rumah beliau di Taman Pulai Perdana. Majlis akan dilangsungkan selepas Maghrib.
Selepas Maghrib, masing-masing mempersiapkan diri. Kami mendapat berita bahawa majlis yang sepatutnya dilangsungkan selepas Maghrib ditunda selepas Isyak. Erm, tiada masalah. Selepas solat Isyak, semua penjaya misi bergerak keluar dari kampus Skudai. Kami tiba agak lewat disebabkan beberapa masalah teknikal dan sesat mencari jalan.
Seperti majlis rumah terbuka yang lain, sesi menjamu selera adalah suatu kemestian selepas beramah mesra dengan tuan rumah. Kebanyakan hadirin adalah daripada anggota TLDM Kem Sri Medini. Tiada pembaziran akan berlaku dalam situasi begini. Betul. Lain-lain aktiviti seperti sesi fotografi, pemberian duit raya dan bersalam-salaman itu sudah pasti sekali. Jam 2210 hotel, crew dismiss.
Lain-lain : 2230h, Azrn mengajak aku untuk “sesi mini ngeteh bersama twister dan low twister di Singgora” (pinjam ya Rasso). Hadir : Ubie79, Megat, Azrn, Od3n dan Rasso. Aku lebih banyak menyepi. Haha. Perbualan orang agak dewasa, berseni-seni, berbunga-bunga. Lampi nk diterjemah, manakan mahu difahami. Maaf. Ketemu semua lagi twister-twister!!
a’ah kan..kite saMa2 lampi kan? maklumlah… belom smPai seru. ahaHaa..weih! dpt duit raye ke?
aaaarhhh…. (tah-tah duit gaji nnti ditolak) ehehe..
Innalillahi wainna ilaihi raajiu’un
dapat pukul je bro
tapi kalo nk ilang mesti ari jumaat time solat jumaat selalunye law..
trojan, ko pnye emel considered as spam, seb baek aku ade check gak. huhu.
Hahahahah, jangan cakap lampi. Saya pun puas memaham semalam… hahahahahah… Kamu baca blog Rasso, baru kamu tahu, bagaimana bahasanya… hahahahah
apakah kamu mengadakan small gathering?
ya, benar. ada sesiapa lg di sana mahu join untuk sesi berikutnya?? haha. jom sama2.