Penyelesaian Serangan Virus New Folder.exe

Mountain

Virus, spyware, malware dan worm merupakan ancaman besar ke atas pengguna-pengguna komputer, terutamanya komputer berinternet. Serangan ini mudah merebak terutamanya melalui pen drive dan disket. Hal ini diperburukkan lagi apabila komputer tidak mempunyai perisian antivirus dan antispyware terkini.

3 perisian penting yang perlu ada di dalam PC sebelum kita bergelumang dengan dunia Internet.

(pastikan semuanya sentiasa dikemaskini)

Ancaman Virus New Folder.exe

Buat beberapa ujian ringkas :

  • Tekan kekunci Ctrl + Alt + Delete secara serentak untuk membuka Task Manager. Paparan berikut akan muncul (Task manager has been disabled by your administrator). Sahih komputer/laptop anda telah terkena virus.

Task Manager has been disabled by your admin

  • Buka My Computer > Tool > Pastikan ada Folder Options.

View Folder Options

  • Klik Start > Run > taipkan msconfig dan tekan Enter. Kalau msconfig tidak muncul, bermakna virus sudah menyekatnya.
  • Klik Start > Run > taipkan regedit dan tekan Enter. Kalau dialog Registry Editor tidak muncul, ertinya komputer/laptop anda telah diserang dengan virus berkenaan.

Kesan - kesan virus ini terhadap komputer anda :

Akses ke Task Manager tidak dibenarkan.
Registry Editor tidak dapat dibuka.
Melaksanakan arahan startup sewaktu sistem bermula.
Mencipta fail baru dengan sambungan .exe dalam fail-fail lain.
Folder Options hilang dari menu Tools.
Menggunakan 50% atau lebih sumber prosessor.

Anda akan dapat melihat terdapat folder yang mempunyai sambungan .exe dalam folder-folder lain selepas kotak Hide extensions for known files types dalam Folder Options dikosongkan.

Show hidden files and folders

 

New Folder.exe

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System
@
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
Yahoo Messenger
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon
Shell

Penyelesaian :

  • Jalankan aplikasi tersebut.

New Folder.exe Removal Tool

  • Klik Remove Virus From Hard Disk.

New Folder.exe Removal Tool

  • Klik Restore Windows Default Settings.
  • Pilih pada kotak yang berkenaan, Apply dan Ok.

Setting asal anda akan kembali dan semua kesan jangkitan akan terhapus.

P/s : Untuk mengelakkan serangan virus ke atas PC anda ketika mencucuk pen drive, sila klik pada Disable AutoPlay on All Drives. Selamat berjaya!

Kredit :Izoblog

RSS feed | Trackback URI

15 Comments »

Comment by kaSyah
2007-11-09 10:53:20

hehe..good info. buatkan aku nak update my avira

Comment by od3n
2007-11-09 11:07:20

good ka.. hoho. ha, apdate2.

 
 
Comment by nik2121
2007-11-09 10:59:53

Kalau aku la, malas nak pk panjang², format je balik. Hahaha…

Comment by od3n
2007-11-09 11:15:09

ala.. ini masalah selalu terjadi n ade cara mudah nk solve die.. da format kang, manyak mende laen ko kne wat balik plak pastu. kalo setiap kali format ade balik pn, xgune jugak. lagipun, aku ade terbaca info bhw slalu format pn xbagus ntok hard disk kite sbb die akan menipiskan lapisan permukaan hdd tue. ntah la. tp aku pn slalu gak format, nk testing beta pnye pasai. lalala~

 
 
Comment by azrn
2007-11-09 11:50:07

hurmm…bagus citer pasal nak menghapuskan virus2 ni.
aku sgt menyampah kalo ada seekor atau dua (ntah2 sbnranya byk) melekat kat laptop aku.

 
Comment by wanmus
2007-11-10 00:10:51

yang penting korang ade antivirus dan update tiap2 masa macam aku..yerlah,risau aku fail2 penting dalam komp nih..

 
Comment by pocong
2007-11-10 02:45:31

canteeekk …tq bro, gua dah donlod benda tu..buat collection, bila masa nak guna nanti dah ada..thanks a lot!!

 
Comment by netmine
2007-11-10 05:51:13

huhu..agak lambat ttg info nie yer..lambatnyer…hehehe…aku da solve masalah nie dr awal tahun hari tu lagi..aku de create script utk remove virus tue,ubah registry sume..enable sume app tu balik.. aku just create script menggunakan VBS script..sebenarnyer mudah jer virus tue..x hebat or heavy mane pun..huhu.. korg pun ader masalah autoplay..auto tue sume kan kat pendrive n maybe jgak kat harddisk..so..kalau nak script tue..request kat netmine eh..msg kat mail or shoutbox netmine.org…

 
Comment by Izo
2007-11-10 06:56:12

Thanks admin.
Banyak maklumat2 kat sini. Ada masa tu datang ler lagi ke blog saya. Kebetulan saya pun minat jugak komputer, tapi tak sempat sgt nak buat posting pasal komputer. Lebih suka buat post pasal isu semasa. :D

Comment by od3n
2007-11-15 23:19:37

terima kasih Izo coz sudi singgah kat sini. enjoy~

 
 
Comment by Trojan
2007-11-10 12:11:46

thanks bro!!

Comment by od3n
2007-11-15 23:22:04

sama-sama Trojan!

 
 
Comment by kita
2007-11-12 18:47:05

salah satu artikel yang menarik…terdapat banyak lagi cara untuk mengatasinya….Saya bersetuju dengan salah satu komen,,berminat pasal komputer tetapi tidak sempat membuat posting n minat kepada posting isu semasa….disini saya ingin bagi satu cadangan sekiranya kita membuat blog pastikan satu topik yang utama sahaj menjadi perhatian dalam blog kita untuk memastikan berjaya.So disini saya ingin menjemput anda-anda semua menjadi penulis di kongsiblog.org

Comment by od3n
2007-11-15 23:23:58

tima kasih kita atas pelawaan itu. mungkin boleh difikirkan. thanks skali lagi.

 
 
Comment by kangzai
2007-11-27 12:52:59

thank u bro entar aq coba dlu yach…..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.