Pengembaraan Bermula 03.05.09

Hari ini secara rasminya aku memulakan langkah pertama ke arah menjadi seorang smart blogger (smart blogger that make money online) ;) Setelah menghadiri sesi personal coaching yang dijalankan oleh Bro Rohaizad, aku bersama beberapa teman lain akan memulakan perjalanan kami untuk mendapatkan pendapatan secara online  melalui dunia blogging. Ia tidak mudah, tapi tidak mustahil.

Usaha 2 orang teman yang telah menghadiri sesi personal coaching itu sebelum ini telah membuahkan hasil. Semasa sesi personal coaching kami, salah seorang daripada mereka telah dijemput untuk menceritakan pengalaman dan berkongsi idea mengenai apa yang telah beliau lakukan. Kecekalan dan kesunggahan mereka berdua membolehkan mereka memperolah hasil yang diinginkan lebih awal dari masa yang dijangkakan. Senyuman mula terukir dibibir masing- masing dan personal coaching yang diberikan oleh Bro Rohaizad sangat berguna dan banyak membantu.

Walaupun sebelum ini aku pernah menulis blog, aku menulis lebih kepada keseronokan dan kebebasan, selain teknik jana wang yang digunakan lebih kepada cuba dan jaya. Pendapatan yang diperoleh agak baik, namun berdasarkan teknik yang diajar, lebih banyak pendapatan dapat diperoleh. Smart blogging yang diajar dari personal coaching itu banyak membantu dan teknik-teknik memperoleh USD yang pertama cukup mudah dan lebih professional. Now, it’s my turn.

Maka mulai 3 Mei 2009, segala pengalaman yang aku lalui ke arah menjana pendapatan secara online akan aku coretkan di blog ini untuk dikongsi bersama selain membuka minda masyarakat mengenai profesion seorang blogger dan ke arah melahirkan lebih ramai blogger yang berjaya.

Related Articles

3 Comments

  • gud luck…hope u will get what u want…if you get rich soon,please don’t forget about me yar?…

    fifie
    Tue 5th May, 2009
    reply
  • thanks honey. sure i wont forget you. always be there for you ;)

    od3n
    Wed 6th May, 2009
    reply
  • thanks abg….;)

    fifie
    Sat 9th May, 2009
    reply