Pelbagaikan Pemain YouTube Anda
Google baru-baru ini telah mengemaskini reka bentuk laman video mereka, YouTube. Antara perubahan ketara adalah YouTube kini memberi kebebasan untuk para pengguna mengubah suai setting player mereka untuk setiap video mengikut kehendak masing-masing. Anda hanya perlu klik pada “customize embed” selepas kod html video tersebut, dan mula memilih tema pilihan. Pengguna juga boleh menambah border di sekeliling video selain memilih sama ada untuk memaparkan video-video yang berkaitan.

URL kod baru anda akan kelihatan seperti berikut :
http://www.youtube.com/v/KTSuWm3uEQU&rel=1&color1=0×006699&color2=0×54abd6&border=1
Anda boleh menukar 2 warna daripada URL tersebut (color1 dan color 2) kepada sebarang nilai yang anda mahu. 216 web safe colors adalah pilihan terbaik, tetapi jangan lupa menggantikan “#” dengan “0x”.
Senarai beberapa parameter YouTube berguna sekiranya anda mahu mengubah kod video secara manual. (Nilai default ditebalkan)
- border (nilai: 0,1) - nilai 1 memaparkan border di sekeliling video.
- rel (nilai: 0,1) - nilai 1 akan memaparkan sebarang video yang berkaitan.
- autoplay (nilai:0,1) - nilai 1 memulakan video secara automatik.

thanks 4 the info bro!!
hehe.. no probs~