CD Ubuntu Tiba!

Setelah 2 minggu memohon untuk mendapatkan CD Ubuntu 7.10 melalui laman web mereka, akhirnya pakej 5 keping CD Ubuntu selamat diterima semalam. Walaupun agak lewat untuk mendapatkannya, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada aku. Itu barang percuma.
Sebenarnya, aku sudah memuat turun dan memasang Ubuntu ke dalam mesin maya melalui VMware sebelum kiriman itu diterima. Namun, aku masih betul-betul buntu untuk mengunakan Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka ini. Mungkin Ubuntu Newbie Malaysia dan Ubuntu For Malaysian dapat membantu.

Erm, ada sesiapa di luar sana mahu CD Ubuntu percuma?? Hubungi aku atau tunggu abang posmen hantar rumah dari sini.



