Wouldn’t it be good…
If Windows Vista’s user Account Control (UAC) could prompt you for this?
If Windows Vista’s user Account Control (UAC) could prompt you for this?
Anda mencari direct download untok mp3, software, movie atau ebook?? Hanya buka google, copy and paste string ini dalam Google search.
intitle:index.of “mp3” +”artists/songtitle/album” -htm -html -php -asp “Last Modified”
Mudah saja. Tukarkan artists/songtitle/album dengan apa yang anda cari.
Jika anda mencari barang-barang lain, cuma tukarkan mp3 dengan ebook jika anda mencari ebook, avi untuk movie, exe untuk software dan iso untuk image. Jangan lupa gantikan artists/songtitle/album dengan nama file yang anda cari.
Selamat berjaya!!
Disclaimer
All information located under current site placed for private purposes and will not be downloaded, viewed or used whatsoever. So current site webmaster or organization hosting this site takes no responsibility for the way you will use information from this site. If you`re member of any anti-piracy or related group or organization you cannot enter this site and view any of site contents. If you enter this site and do not agree with current terms you can not provide any treatment of our hosting ISPs, organization or any persons storing this site information because your actions will be estimated as violation code no. 431.322.12 of the Internet Privacy Act from 1995.

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Begitu meriah Sambutan Ambang Merdeka di Dataran Pavallion, Pusat Ko-kurikulum Universiti Teknologi Malaysia, Skudai semalam. Seawal jam 9.30 malam aku bersama rakan-rakanku telah tiba di sana. Masih tidak ramai orang yang hadir ketika itu. Sambil menanti, kami mendengar Bicara Tokoh oleh penceramah jemputan. Banyak cerita-cerita menarik disebalik tabir Kemerdekaan Malaysia. Tidak dinafikan, aku memang meminati mata pelajaran Sejarah sejak dari tingkatan satu lagi. Cuma aku begitu malas untuk membaca , terutama perkara yang berulang-ulang. Tepu.
Sementara menanti detik 12.00 tengah malam, upacara menerima baton akhir “100 Hours Non-Stop Relay Run” dijalankan. Universiti Teknologi Malaysia menerusi usaha gigih Fakulti Pendidikan telah menempa nama dalam Malaysia Book of Records untuk larian tanpa henti selama 100 jam dengan memecah rekod yang sama oleh Akademi Tentera Malaysia (kini Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) pada tahun 2005. Jam 11.45 malam menyaksikan ketibaan Konvoi Bermotosikal Jelajah Kampus diiringi beberapa peserta berkuda.
Tepat jam 12.00 tengah malam, laungan keramat “Merdeka“, dilaungkan diketuai Tan Sri Naib Canselor diikuti nyanyian lagu Negaraku dan upacara menaikkan bendera Malaysia. Seterusnya, persembahan bunga api dan nyanyian lagu-lagu patriotik.
P/s: Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia atas kejayaan menjadi Juara Pesta Bola Merdeka, membenam Myanmar 3-1. Chayok!!



foto by rasso. tq.

Selamat datang ke www.od3n.net. Sudah terlalu lama aku tidak menulis. Pelbagai kekangan menggagalkan misi ini. Begitu janggal sekali apabila kembali menulis. Kini, aku bertekad untuk kembali bergiat aktif. Domain pertamaku, www.od3n.net menjadi bukti kesungguhan ini.
Hari ini, 30 Ogos 2007 menjadi hari bersejarah buatku dengan pelancaran blog ini. Dan esok pula, merupakan hari bersejarah untuk negaraku Malaysia. Masih tinggal beberapa jam sebelum Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50. Aku menanti detik ini.
Sebelum ini, aku banyak menggunakan laman statik dalam penulisanku. Kini, dunia berubah dan masa begitu penting untuk semua. Begitu juga aku. Laman dinamik seperti Wordpress dan Nucleus menjadi pilihan blogger-blogger kini. Dengan beberapa klik, semuanya sudah siap. Tidak perlu penerangan panjang lebar, tiada lagi penantian penuh penyeksaan, yang pasti blog anda sedia untuk menanti kunjungan.
Site ini masih dalam pembikinan, belum 100% siap. Banyak perkara yang perlu aku belajar mengenai Wordpress dan php ini. Aku perlukan tunjuk ajar anda semua. Banyak-banyak terima kasih kepada yang sudi!!