EGNA bukan Erna

Eleventh Gala Night Award 01 atau EGNA 01 merupakan majlis penghargaan untuk menghargai warga kolej yang telah banyak memberikan sumbangan dalam usaha meningkatkan nama kolej. Bertepatan dengan hasrat itu maka penganjuran pada kali ini khusus untuk meraikan warga SUKAM XV Kolej 11 atas penat lelah mereka dalam menjayakan penganjuran kejohanan itu.

Tarikh : 09 Sept 2007
Masa : 0800 malam - 1130 malam
Tempat : Pulai Spring Resort

Siapa yang akan katakan tak nak kalau dijemput untuk majlis makan-makan macam nie? Pastu tak perlu keluar duit walau sesen pon. Kebetulan pula beberapa hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sebagai persiapan perut, makanlah apa yang anda inginkan sebelum Ramadhan tiba. Jangan pula nanti mengigau makan di siang hari.

Training + Majlis Kahwin

Minggu ini merupakan minggu terakhir training kami, PALAPES (L) UTM sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Untuk latihan terakhir pada minggu hadapan, cuma akan diadakan kelas pada sesi pagi dan Majlis Berbuka Puasa pada waktu petangnya.

Pakaian rasmi hari ini adalah 2 Bravo. Ini first time aku dan intake’ku mengenakan pakaian putih untuk latihan hari Sabtu. Biasanye pakaian 2 Bravo dipakai pada hari Rabu untuk pemeriksaan pagi dan ke kelas. Pakaian 3 Delta berwarna biru memang pakaian rasmi yang dipakai pada setiap latihan selain t-shirt plain putih untuk intake 14.

Hari ini, semua anggota telah dijemput ntuk ke Majlis Perkahwinan Tuan Haidin yang berlangsung di Rumah Alumni. Kami bertolak ke Rumah Alumni pada jam 1400h dengan kenderaan masing-masing. Sebelum majlis bermula, intake’ku seperti biasa sibuk dengan sesi bergambar. Ini kali pertama aku melihat dengan mataku sendiri perkahwinan Pegawai Tentera bersama ‘Sword Bearers‘. Apakah itu??

Perkahwinan Pegawai Tentera

 

Perkahwinan Pegawai Tentera

Intake 14

Windows XP SP3 Beta Sedia Untuk Dimuat Turun

Windows XP SP3

Muat turun Windows XP SP3 versi beta akan dibuka kepada semua pelanggan TechNet dan Microsoft Developer Network dalam pertengahan September ini. Microsoft dilihat akan mengedarkan muat turun itu bersama-sama kemaskini pertama Windows Vista, Windows Vista Service Pack 1.

Pengujian versi pra-beta untuk Windows XP dan Windows Vista telah dimulakan sejak pertengahan Julai lepas dengan pre-beta build 5.1.2600.3180 (xpsp.070718-2058) dan build 6.0.6001.16549 (vistasp.070628.1825) berdasarkan sumber yang telah bebas diedarkan di rangkaian perkongsian fail peer-to-peer. Kali terakhir versi kemaskini Windows XP, XP SP2 dilancarkan pada tahun 2004.

Windows XP SP3

Vista SP1, tahun 2008

Microsoft akhirnya mengumumkan bahawa kemaskini pertama Windows Vista, Windows Vista Service Pack 1 akan mula berada di pasaran pada suku pertama tahun 2008.

Sesi percubaan versi beta Vista SP1 akan dimulakan dalam beberapa minggu lagi , selain kemaskini ketiga Windows XP. Untuk permulaan, syarikat itu merancang untuk mengedarkan versi beta kepada 10, 000 penguji terpilih sebelum diperluaskan kepada lebih ramai pengguna. Beberapa kumpulan penguji dilaporkan sudah memulakan sesi pengujian untuk versi beta ini.

Sepertimana kemaskini-kemaskini sistem pengoperasian Microsoft yang lain, Vista SP1 akan membaiki segala kelemahan dan kekurangan selain meningkatkan kestabilan dan kewibawaan sistem pengoperasian yang dilancarkan kepada pengguna pada Januari lepas.

Windows Vista SP1

Windows Vista SP1

Sliders

Mase aku kecik-kecik dulu aku selalu jugak tengok cerite nih. Time tue memang minat sangat. Biasa la cerita fiksyen sains cam nie memang aku suka.

Tv SeriesSliders” ni mengisahkan seorang remaja pintar yang mengembara ke dunia lain bersama rakan-rakannya tetapi tak jumpe jalan balik. Untuk info lanjut boleh gie kat sini.

Aku tengah download cite nie. Baru siap 2 siri. Nak tengok Sliders 1 x 01: Pilot nih. Chao!!