Carbon Design Group, sebuah syarikat yang berpusat di Seattle telah memperkenalkan reka bentuk perkakasanyang berkonsepkan Windows Vista. Ini merupakan respon awal dari Industrial Design Toolkit yang diedarkan kepada semua pereka bentuk komputer sebelum pelancaran Windows Vista Januari lalu.
Postini, sebuah syarikat yang menyediakan langkah keselamatan kepada pengguna korporat bakal membawa ciri-ciri keselamatan baru kepada gergasi enjin carian, Google Inc. Menerusi usaha ini, Google dapat meningkatkan keselamatan dalam Apps, pakej utiliti yang dibangunkan oleh syarikat Mountain View itu seperti Gmail, Google Talk dan Google Calendar.
Google telah membayar USD625 juta untuk Postini bekerja sebagai sebuah syarikat bebas yang membenarkan gergasi itu mengaplikasikan teknologinya dan meningkatkan keselamatan dalam produk mereka. Postini menyokong syarikat gergasi itu dalam usaha memperbaiki teknologi virus dan saringan anti spam sedia ada yang merupakan penyelesaian berasaskan web terbaik masa kini.
Mungkin kita akan dapat saksikan kemunculan Google Anti Virus pula nanti. Sama-sama kita tunggu.
Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua umat Islam.
Semoga dengan kehadiran Bulan Ramadhan yang mulia ini, kita sama - sama memperbanyakkan amal ibadat terhadap Allah S.W.T dan memperbaiki segala kelemahan diri yang ada . InsyaAllah..
Aku tertarik untuk memberi respon kepada entri bertajuk Sahabat pena & globalisasi kiriman mohdismail pada 6 Sept 2007. Aku merasakan kami mempunyai sedikit persamaan dalam hal ini.
Aku selalu melepakkan diri di ruang-ruang bual untuk mencari kenalan-kenalan baru selain bertanya tentang minat masing-masing. Aku suka mencari kenalan dari luar negara berbanding dari Malaysia kerana berminat untuk mengetahui keadaan dan gaya hidup di luar sana. Ketika itu aku baru saja menjejakkan diri di sekolah berasrama penuh.
Ketika aku di tingkatan 3, aku mempunyai seorang sahabat pena yang menjadi rakan berutus surat. Disebabkan aku tinggal di asrama, e-mel menjadi medium utama perhubungan kami. Dalam sebulan kali, aku akan memeriksa kotak mel membaca emel-emel yang aku terima. Kadang-kala sehingga 2-3 bulan baru dapat kubalas kiriman-kiraman yang diterima kerana sibuk dek pelajaran.
Apabila naik tingkatan 4, teman ini telah melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh sepertiku. Ketika itu begitu jarang sekali untuk berutus kiriman dan bertanya khabar. Mungkin sudah terlalu sibuk dan jarang ada masa melayari internet.
Ketika peperiksaan SPM, perhubungan kami kembali rapat apabila masing-masing mula menggunakan sms sebagai peranta. Kami mula mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat pada masa itu.
Selepas hampir 5 tahun berkenalan, kami akhirnya membuat keputusan untuk berjumpa. Wah, sungguh aku tak sangka walaupun sudah berkenalan selama 5 tahun tanpa pernah bersua muka, namun persahabatan kami masih kekal mesra. Haha. Kami akan bertemu lagi dalam masa 5 tahun akan datang. Tunggu ya.
P/s: Teman ini adalah seorang gadis. Harap maklum.