Microsoft Melancarkan Windows Phone 7 Series 15.02.10
Microsoft telah melancarkan versi terkini sistem pengoperasian mudah alih mereka – Windows 7 Series di Mobile World Congress, Barcelona.
Buat kali pertamanya, Microsoft membawakan permainan Xbox Live dan pengalaman muzik dan lagu Zune dalam telefon bimbit.
Windows Phone 7 Series turut mengintegrasikan laman sosial dimana pengguna boleh mengemaskini status dan memuat naik foto selain menerima kemaskini daripada teman-teman pada skrin utama.
Log Masuk Secara Automatik Ke Dalam Windows 7 14.02.10
Bagaimana log masuk ke dalam Windows 7 secara automatik tanpa Welcome Screen?
Buka tetingkap Run (tekan Wndows + R).
Taip “netplwiz” dan enter.
Pilih Continue jika UAC pop-up keluar.
Uncheck pada checkbox “User must enter a username and password to use this computer” dan klik butang Apply.
Sebaik tetingkap Automatically Log On muncul, tetapkan nama pengguna dan password yang akan digunakan untuk startup Windows.
Klik Ok.
Turn On Remote Desktop Dalam Windows 7 15.01.10
Remote Desktop dalam Windows 7 boleh digunakan untuk berhubung dengan satu komputer dan mengawal komputer tersebut dengan mudah.
Bagaimana turn on Remote Desktop dalam Windows 7?
Klik pada butang Start, right click pada Computer dan pilih ‘Properties’ (Windows + PauseBreak).
Klik Remote Settings di panel kiri tetingkap Control Panel yang keluar.
Pada tetingkap baru yang keluar, check pada pilihan ‘Allow Remote Assistance to this Computer’.
Kemudian, tandakan pada pilihan yang diberikan mengikut kehendak anda.
Klik Appy dan Ok. Selesai.
Anda telah turn on Remote Desktop yang membenarkan komputer lain mengakses ke komputer Windows 7 anda.
Install Adobe Air Dalam Ubuntu 12.12.09
Download Adobe Air dan savekan sebagai AdobeAIRInstaller.bin di folder Home (Places > Home Folder).
Buka Terminal.
Jalankan command berikut dan enter.
chmod +x AdobeAIRInstaller.bin
Kemudian taip :
sudo ./AdobeAIRInstaller.bin
Enter.
Installer Adobe AIR akan dibuka. Klik install.
Setiap fail .air yang dimuat turun selepas ini hanya perlu double click dan ia akan siap dipasang.
Cipta Fail .bash_profile Dalam Mac OS X 03.12.09
Fail .bash_profile tidak wujud pada pemasangan Mac OS X biasa. Sekiranya anda perlu menjalankan sesetengah function dari command line, fail ini kadang-kala akan diperlukan.
Untuk mencipta fail .bash_profile :
- Buka Terminal
- Taip “cd ~/”untuk ke folder home anda.
- Taip “touch .bash_profile” untuk cipta fail .bash_profile.
- Edit .bash_profile dengan editor pilihan anda atau taip “open -e .bash_profile” untuk membuka dengan TextEdit.
- Save fail tersebut sebaik selesai.
- Taip “. .bash_profile” untuk reload file tersebut.