od3n.net Dalam Talian 30.08.07

Newbies

Selamat datang ke od3n.net. Sudah terlalu lama aku tidak menulis. Pelbagai kekangan menggagalkan misi ini. Begitu janggal sekali apabila kembali menulis. Kini, aku bertekad untuk kembali bergiat aktif. Domain pertamaku, od3n.net menjadi bukti kesungguhan ini.

Hari ini, 30 Ogos 2007 menjadi hari bersejarah buatku dengan pelancaran blog ini. Dan esok pula, merupakan hari bersejarah untuk negaraku Malaysia. Masih tinggal beberapa jam sebelum Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50. Aku menanti detik ini.

Sebelum ini, aku banyak menggunakan laman statik dalam penulisanku. Kini, dunia berubah dan masa begitu penting untuk semua. Begitu juga aku. Laman dinamik seperti WordPress dan Nucleus menjadi pilihan blogger-blogger kini. Dengan beberapa klik, semuanya sudah siap. Tidak perlu penerangan panjang lebar, tiada lagi penantian penuh penyeksaan, yang pasti blog anda sedia untuk menanti kunjungan.

Site ini masih dalam pembikinan, belum 100% siap. Banyak perkara yang perlu aku belajar mengenai WordPress dan php ini. Aku perlukan tunjuk ajar anda semua. Banyak-banyak terima kasih kepada yang sudi!!

Related Articles

7 Comments

  • selamat menulis. chaiyok, chaiyok!

    W
    Fri 31st August, 2007
    reply
  • saya pon nak gunakan wordpress sebenarnye..
    tapi tak de badget untuk domain dan hosting..

    apa-apa pon, thanks sebab sudi singgah dan adding me to your blogroll..
    :D

    muhdzahari
    Fri 31st August, 2007
    reply
  • Uhuhu.. welcome…

    rasso
    Fri 31st August, 2007
    reply
  • Kire Ak Orang Pertama Yang Comment Dalam Blog Ni La? Haha.. Ingat Tau Aku Ni Selaku Orang Pioneer Yang Bagi Komen. Huhu..

    Merdeka!!!!

    Qaiyum
    Fri 31st August, 2007
    reply
  • W,
    Selamat. haha..

    muhdzahari,
    pelan2. nati cukup la badget tuh. u r welcomed!!

    rasso,
    welkam2

    Qaiyum,
    sori..komen aku silap setting lak. da jadik no bp ntah ko. nway thx 4 da visit.

    od3n
    Sat 1st September, 2007
    reply
  • Woot! aku beri komen untuk entri pertama..taniah! dah nak 1 bulan blog ni

    Fahmishah
    Fri 28th September, 2007
    reply