Notis Penting - Gangguan Perkhidmatan Dan Pemindahan Pusat Data Internet

Assalamualaikum WBT.

Pelanggan yang dihargai, pihak kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa perkhidmatan kami akan mengalami beberapa ganguan berikutan pengubahsuaian pada sekuriti rangkaian kami. Selain itu, pihak kami juga akan memindahkan pelayan-pelayan kami dari pusat data internet QALA secara berperingkat mulai 28 Disember 2007 ke bilik server baru kami di pusat data internet TMNet CBJ5. Butiran lengkap mengenai beberapa perubahan ini akan dilanjutkan di laman web kami pada 17 Disember 2007. Segala kesulitan amat kami kesali dan pihak kami ingin memohon sepuluh jari kemaafan atas segala kelemahan dan permasalahan dalam perkhidmatan kami. Perkhidmatan kami akan pulih seperti sedia kala setelah kesemua pelayan kami dipindahkan ke pusat data internet TMNet CBJ5.

Sekiranya pihak anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila emel ke yazrie@cgyhost.net atau hubungi saya di talian 0139586668. Kerjasama dan sokongan telus daripada anda amat kami hargai dan disanjung tinggi.

Sekian, Wassalam WBT.

Yang benar,

Mohd Yazrie bin Mohd Shukri
Ketua Pegawai Eksekutif

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.