Midshipmen Berdarah

Dalam english disebut Bloody Midshipmen. Salah satu daripada tradisi Palapes Laut UTM untuk Pegawai Kadet yang dinaikkan pangkat ke Pegawai Kadet Kanan. Agak ngeri bunyinya, namun itulah realitinya.
Kenaikkan pangkat kami, Intake 14 dari Cadet kepada Midshipmen masih belum diiktiraf (senior) walaupun sudah dinaikkan pangkat secara rasmi oleh Pegawai Memerintah KD Sri Medini. Dalam Palapes Laut, Pegawai Kadet Kanan merupakan pangkat yang diberikan kepada anggota tahun ke-2 dan ke-3. Berbanding Palapes Darat, pangkat dibahagikan kepada Junior, Intermediate dan Senior. Walaupun pangkat Midshipmen bagi anggota tahun ke-2 dan ke-3 adalah sama, tetapi kami masih berbeza mengikut seniority.
Untuk menyertai Midshipmen dan mengikuti segala Rutin Bravo, (Rutin Alpha adalah untuk kadet), permohonan daripada senior adalah diperlukan. Sebenarnya, Intake 14 sudah request untuk menjalani Bloody Midshipmen beberapa kali sebelum ini. Namun, atas beberapa sebab, terpaksa ditangguhkan ke suatu masa lain.
Semalam, sekali lagi permohonan kami ditolak senior (time tu mmg aku x fit pon). Tanpa diduga petang tadi semua senior telah bersepakat mengadakan tradisi itu sebelum kami ke Lumut nanti. Maka, bermulalah apa yang dikatakan “Midshipmen Berdarah” Intake 14.
- Diberi masa 5 minit untuk menukar pakaian. Semasa request daripada Senior, kekuatan penuh diperlukan (Intake 14=28 orang). Maka, perlu chop-chop, menunggu kekuatan penuh dalam kedudukan sokong hadapan (push up) menggunakan penumbuk.
- Menyatakan permohonan untuk menjalani Rutin Bravo dan segala kelebihan Midshipmen.
- Berguling menuruni bukit berbatu.
- Push up menggunakan penumbuk di atas jalan raya.
- Berguling di atas laluan berbatu.
- Merangkak menggunakan belakang badan di kawasan berbatu.
- Push up hammer.
- Kedudukan kala jengking (dalam kedudukan meniarap, dengan disokong kedua siku dan sebelah kaki).
- Kedudukan Jambatan London (London Bridge).
- Melintasi kolam (dengan tali).
- Menyelam di dalam air dalam kiraan sepuluh dan keluar bersama-sama (failed).
- Push up menggunakan penumbuk, di kawasan berpasir.
- Push up lipan. (bersambung di antara satu sama lain, dan bangun bersama-sama).
- Menikmati kicap masin dan asam jawa.
Midshipmen status granted (time nie semua agak sayu, terharu, sedih dan gembira).
- Pegawai Memerintah Palapes Laut UTM (Senior) menyampaikan ucapan penghargaan.
- Menerima tabik hormat daripada Senior.
- Upacara menanggalkan butang baju (button down) oleh C.O (Commanding Officer) sebagai tanda rasmi ke Rutin Bravo. Sesi salam bersalaman.
Tahniah untuk Intake 14!! Welcome to the club. We’re now officially Junior Midshipmen.
Rutin Alpha?
- Makan square.
- Setiap arahan dalam kiraan (satu, dua tiga, satu).
- Button Up.
- Berlari apabila tidak nampak langit (means bukan bawah bumbung).
- Pakaian rasmi bewarna putih. Pakaian warna tidak dibenarkan.
Motto Kadet : Cadets can do anything, but not perfect.
Motto Midshipmen : Kadet adalah musuh kita.
Pengalaman itu manis bukan??
wah bestnya..bnyk la pengalaman awak..share la lagi
best …ni yg macam nak join ni.
apply je.. mmg best haha~
tahniah dpt jadi midshipmen
aku dulu pernah jadi mids-137