(Microsoft + Dell)RED 27.01.08

(Dell + Vista)RED

Microsoft dan Dell secara rasminya menyertai (RED) sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan The Global Fund membantu pesakit HIV/AIDS di Afrika.

Dell menyenaraikan desktop XPS One, laptop XPS M1330 dan 1530 untuk menyertai (PRODUCT)RED lain seperti Motorola, Apple dan Armani. Microsoft pula memperkenalkan versi pelbagai Windows Vista Ultimate yang menawarkan kertas dinding merah eksklusif, Sidebar gadget, screensaver dan Dreamescene video.

Semua produk inovatif (RED) tiada beza dari segi harga – XPS One merah adalah sama harga seperti warna hitam, tetapi dengan (RED), anda dapat membantu menyelamatkan nyawa insan lain.

(Microsoft+ Dell)RED

Dell dan Microsoft menyumbang $80 untuk setiap (RED) XPS One yang dijual dan $50 untuk setiap penjualan (RED) laptop XPS. Dengan $80, perubatan antiretroviral seorang pesakit selama 6 bulan dapat diberikan. Manakala dengan $50, 416 single-dose treatments dapat membantu mengelakkan jangkitan HIV daripada para ibu kepada bayi mereka.

Dengan usaha ini, kita dapat membantu menjadikan bumi sebuah tempat yang selamat untuk didiami.

Related Articles

3 Comments

  • bilalah aku nak dapat produk RED neh…help3

    Fahmishah
    Tue 12th February, 2008
    reply
  • Hummm… red nih kukuh sungguh… banayak dah barang yang dah di red kan…

    Azhar Ahmad
    Wed 13th February, 2008
    reply