Menguji Antivirus Anda Sendiri

Perhatian : Tutorial ini mengandungi fail ujian yang tidak merbahaya, tetapi antivirus akan menganggapnya sebagai satu virus. Jika anda menerima amaran dari perisian antivirus komputer anda, abaikannya. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Mungkin anda tertanya-tanya adakah perisian antivirus yang ditugaskan untuk melindungi sistem komputer anda dari sebarang serangan virus, worm atau trojan, benar-benar berkesan? Apakah yang akan terjadi apabila sesuatu fail dianggap sebagai virus? Mari cuba cara selamat untuk menguji antivirus anda tanpa memerlukan virus sebenar (untuk virus sebenar, muat turun di download page).
Adakah antivirus anda hebat?
- Buka Notepad, kemudian salin teks di bawah dalam satu baris sahaja.
- X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*
- Kemudian pada menu, pilih File, Save As dan pilih All Files sebagai Save as type. Namakan ia sebagai eicar.com.
Antivirus anda mungkin tidak membenarkan anda menyimpan fail tersebut sebagai eicar.com. Ini menunjukkan antivirus tersebut berfungsi dengan baik. Jika tiada sebarang amaran diberikan, cuba scan fail tersebut. Anda boleh melihat kesan yang berlaku sekiranya program tersebut dijalankan dengan dwiklik pada fail eicar.com.

Penerangan
Fail eicar.com yang anda cipta adalah selamat sepenuhnya. Ia merupakan fail ujian piawai yang dibangunkan oleh European Institute for Computer Anti-virus Research (EICAR). Semua produk antivirus diprogramkan untuk mengesan fail ini seperti virus sebenar. Oleh itu, anda tidak perlu takut untuk mencubanya kerana ia selamat digunakan, selain untuk memastikan antivirus anda benar-benar berkesan.
Jika antivirus anda gagal mengesan fail tersebut, ia akan memaparkan “EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST_FILE” dalam kekotak DOS apabila program ini cuba dijalankan. Tiada kerosakan akan dilakukan, tetapi mungkin anda perlu mempertimbangkan untuk bertukar kepada antivirus lain. Ini kerana, sekiranya eicar.com adalah virus sebenar, komputer anda telah dijangkiti sekarang!
ahahaha..dengan ini, saya mengisytiharkan hencik od3n sebagai Dr. AV! hahahahaha…
psst! aku ade byk virus ni…nak x? ko kan suka kumpul virus.
wahh..sungguh cool..tak tau pun theres such a thing..
so i’ve tested it with my antivirus..guess its ok..
Wahhhh TQ Oden, benda camni la saya cari. Not Farming from others content
huhu..boleh masuk risik ni
thanx la.mmg sgt bgs.alhamdulillah kaspersky detect!hehehe
dah try..my avira still great. tq
wow! byk gak info berguna di blog ko ni…
k aku dah link blog ko bro..
thanks chot. kalo ade info-info menarik nak dikongsi, bagitau aku k..
antivirus payung aku berjaya mengesannya.syabas!!
payung?? avira kan?? haha. aku gune kaspersky seperti di atas.