Makan Lagi

Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Hari ini masuk 1 Zulkaedah 1428, maka berakhirnya sudah bulan Syawal 1428. Namun, pagi tadi masih ada jemputan untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri. Lokasi kali ini agak jauh dari kampus selatan ini. Dikenal pasti sebagai KD Sri Medini, terletak nun di Tebrau. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Menaiki bas UTM bersama beberapa orang lagi intake aku, di samping senior-senior yang berpakaian baju melayu lengkap bersamping. Kami cuma memakai smart casual, kata pegawai, tidak mengapa. Jadi, kami mengambil keputusan tidak menukar persalinan walaupun berasa tidak sedap hati.
Kehadiran kami kali ini tidak begitu meriah. Intake 14 cuma 6 orang. Biasa la, minggu peperiksaan. Pada asalnya, aku juga agak keberatan untuk pergi. Namun disebabkan kekurangan anggota, semalam terpaksa bertungkus-lumus habiskan 2 bab subjek Struktur Data dan nota-nota akhir Komunikasi Rangkaian sebagai syarat untuk menyertai majlis ini. Noktah-noktah ini juga sudah aku coretkan sewaktu perjalanan pulang, tidak mahu terlalu lama di dunia maya. Minggu depan, otak akan digunakan secara maksimum. 4 kertas berturut-turut bermula Selasa. Doakan aku kawan-kawan.
Majlis bermula agak lewat kerana menunggu ketibaan Pegawai Memerintah KD Sri Medini. Namun, majlis tetap diteruskan selepas diberitahu Dato’ akan tiba agak lewat. Menu-menu yang disediakan hari ini seperti nasi beriyani, rendang, serunding, ayam masak merah dan laksa. Kebetulan, malam semalam aku tidak sempat membeli nasi. “Dah abes la dik” kata akak Gerai Makanan Panas di Arked Angkasa. Jadi, hanya membeli Gardenia Delicia Sambal Bilis sebagai alas perut. Hari ini, kelaparan semalam dapat ditebus. Yey~
Dato’ TNC akhirnya tiba. Beliau hanya berpakaian t-shirt hijau “bernombor”, seluar trek, dan ada pingat yang digantung pada lehernya. Katanya tidak sempat ditanggalkan pingat itu. Haha. Beliau sebenarnya baru pulang selepas menyertai Larian SecondLink. Dato’ begitu aktif dalam aktiviti luar sebegitu. Tidak hairanlah beliau mendapat tempat ketujuh dalam larian itu. Aku memang suka mendengar ucapan Dato’ yang banyak menceritakan pengalaman-pengalaman yang dilalui sebelum ini. Diselangi dengan unsur-unsur komedi, dapat juga memotivasikan diri ini. Ya ke?
Mungkin selepas ini tiada lagi undangan ke majlis sebegini lagi. Tunggu Raya Haji ketemu pula. Risau jugak aku makan banyak-banyak nie. Lemak dah naik, badan tak fit. Lumut Oh Lumut.. Dapatkah aku menanggungmu??





aku teruja dgn makanan itu. nyam nyam. pergh! imajin je la kelazatan x terhingga.
tp yg kompem, aku masak lg sedap~
Ahahahahha, kamu. Berusahalah. Hummm, Dato’ TNC mmg macam tu selalu…
thanks azhar.
jadi lapar saya melihat tuh makanan
gambar paling last yg best tuh!!
Frankly, i dont understand most of the write ups in the blog because i’m not a malay but somehow i can tell that it is purposely made to help reach out others who wanted to extend help to those who are needy.
Another, it has a lot of links which gives a user to acquire knowledge and helpful software downloads for entertainment and virus protections, etc.
And to those who are dropping by, if you have something to help or donate financially please feel free to give a little amount that would served as a project support. Your ideas and software maybe can be a great contribution also.
rocarobin@yahoo.com
dasar navy..pantang tgk pompuan cun
itu betul. yg lagi betul, dasar lelaki.. pantang tgk pompuan cun. hahah
Hi od3n i want an invitation of pownce . thanks :d
invitation sent. enjoy!
kau mmg! time makan lupa aku
kalo aku bwk kang, malu lak ko sorg2. ko bkn jenis begitu ke?? agak lucu komen psl aku kt blog ubie79 haha. jawa ke aku?? pemalu lg.
huhu…gambar yg last tue…i like!!!!hahha
@Trojan @netmine tgk sikit2 sudah. aku pnye~