Latihan Pertama Kelab Judo UTM

Latihan Judo

Sejarah
Judo diperkenalkan sebagai seni mempertahankan diri kepada pahlawan kelas Samurai sejak zaman pemerintahan Edo. Ketika itu, Judo dikenali sebagai Jujitsu atau yawara. Pada zaman pemerintahan Meiji (1868-1911), Kano Jigoro memulakan Judo sebagai satu acara sukan dan beliau memperbaiki seni pertahananan diri tradisional itu sebelum menubuhkan Kodokan Judo pada tahun 1882.

Pengenalan
Judo merupakan salah satu seni mempertahankan diri tradisional Jepun. Judo bermaksud kelembutan atau kesantunan. Kunci utama kepada Judo adalah kecekapan menggunakan berat dan kekuatan lawan untuk mengalahkan mereka. Ia juga merupakan seni mempertahankan diri anda daripada serangan musuh tanpa menggunakan senjata.

Latihan minda dan badan

Judo bertujuan melatih minda dan badan seseorang, bukan sekadar untuk mengalahkan pihak lawan.

Teknik-teknik
Terdapat pelbagai teknik dalam Judo. Teknik utama adalah balingan dan bergelut.

Latihan Judo

Pangkat dan tali pinggang
Warna tali pinggang melambangkan pangkat atau taraf seseorang. Bergantung kepada kekuatan, setiap warna berbeza mengikut kebolehan. Tali pinggang putih menunjukkan pangkat terendah manakala tali pinggang merah untuk pangkat tertinggi. Untuk pangkat pertama hingga kelima, pemegang akan memakai tali pinggang bewarna hitam.

Latihan Judo

Kepada anda yang berminat, keahlian Kelab Judo UTM akan dibuka tidak lama lagi. Sebarang makluman akan diberitahu kemudian.
Mari ber’judo‘!!

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Comment by syia
2008-01-10 10:07:54

judo.. lagi kasar dari tekwando ke?

 
Comment by Azhar Ahmad
2008-01-10 15:33:51

hahhahaha, tak tahan nak humban orang… Dulu saya main Judo kat ITM…

 
Comment by od3n
2008-01-11 16:39:26

@syia atceli xkasar mane pun… sbb kite just maen baling2 je.. meh la test.
@Azhar Ahmad mesti hebat en. azhar nih ;)

 
Comment by akramazmi
2008-01-22 22:15:30

tempat latihan judo katne erk?…..
di selngor klang

Comment by od3n
2008-01-22 22:36:26

erk.. klang ke? jauhnye.. aku kt utm tau le.. ehehe.. tu kene tanye persatuan judo sane le..

 
 
2008-02-03 02:00:13

windows wallpaper for Vista

yes indeed…

 
Comment by judo trisakti (indonesia)
2008-04-06 23:22:13

hay…selamat tuk kalian semua. kami pernah berkunjung ke selangor judo club tuk friendly games….semoga bisa tuk ke UTM

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.