Laman Muat Turun Windows 7 Beta Dibuka 10.01.09

Windows 7 Beta

Microsoft secara rasminya membuka laman muat turun untuk Windows 7 Beta kepada semua pembangun dan pengguna PC hari ini. Imej ISO untuk Windows 7 Beta dengan Build No. 7000 bersaiz 2.43 GB boleh dimuat turun dari laman rasmi Windows 7. Kemudahan muat turun untuk Windows 7 kini telah dipertingkatkan setelah ditutup beberapa jam sebaik dibuka kepada umum atas masalah kesibukan trafik.

Windows 7 Beta merupakan pre-release version untuk Windows 7, Sistem Pengoperasian terbaru dari Microsoft.

Perisian Beta adalah untuk tujuan pengujian. Sebarang bugs yang dijumpai dapat membantu memperbaiki dan mempertingkatkan Windows 7 sebelum versi akhir dikeluarkan.

Laman Web Rasmi Windows 7

Muat turun Windows 7 Beta

Related Articles

1 Comment

  • tq atas info ni.. bagus!
    saya pon nak download mcm ni

    MohdHilmi.com
    Thu 9th April, 2009
    reply