Kiva - Pinjaman Yang Merubah Kehidupan

Mungkin anda pernah mendengar mengenai skim mikro kewangan, iaitu perkhidmatan kewangan yang disediakan kepada masyarakat miskin yang kebanyakan bank-bank akan enggan memberikan bantuan. Apa yang menarik dalam skim mikro kewangan adalah pinjaman mikro atau kredit mikro. Walaupun dengan kadar pinjaman sekitar ratusan ringgit, ia mungkin tidak praktikal untuk negara-negara membangun, tetapi besar ertinya di negara-negara lain.

Salah sebuah organisasi antarabangsa yang terlibat dalam pengurusan skim mikro kewangan ini ialah Kiva. Melalui PayPal, anda boleh memberikan pinjaman kepada usahawan-usahawan baru serendah USD25.
Kiva bukanlah satu derma amal - kemiskinan memang tidak dapat dielakkan. Tetapi, dengan dana itu, usahawan baru dapat menjana keuntungan dan apabila pinjaman itu diselesaikan, wang itu dapat digunakan pula untuk usahawan lain memulakan perniagaan baru.
Ketika ini, terdapat kira-kira 84 profil perniagaan yang memerlukan bantuan anda. Sekiranya anda berminat, sertai Kiva sekarang dan bantulah masyarakat dunia yang tidak bernasib baik.
duit free ke bro!!
Thanks 4 da info. Tak penah tau aku pasal mende ni..mesia ni kira beruntung las sket…
butuh duit itu repot kalo nggak ada yh pinjamin . . . . . Gimana .. ??
minjam banyk leh tak