Kapal Selam Pertama Malaysia Dilancar 30.10.07

Kapal Selam TLDM

Kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman yang dinamakan sempena Perdana Menteri pertama, dilancarkan secara rasmi dengan penuh tradisi tentera laut di Limbungan DCNS, Cherbourg, baru-baru ini.

Majlis disempurnakan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memecahkan botol berisi air Surah Yasin ke kemudi kapal selam selepas lagu Negaraku dinyanyikan.

Kapal Selam TLDM

Datuk Seri Najib Razak berkata, nama Tunku Abdul Rahman dipilih bagi mengenang jasa dan sumbangannya memimpin negara menuntut kemerdekaan dan meletakkan asas kukuh sehingga mampu memiliki kapal selam selepas 50 tahun merdeka.

“Dalam tempoh 36 jam kita melakarkan dua kejayaan. Pertama apabila angkasawan pertama (Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha) mendarat di bumi dan kini kapal selam pertama negara yang dirancang hampir 20 tahun lalu dirasmikan.

“Kapal selam ini mampu mengawal perairan negara dan memastikan kedaulatan serta keselamatan perairan sentiasa diberikan keutamaan, khususnya di Selat Melaka,” katanya pada majlis menamakan dan merasmikan kapal selam pertama di limbungan kapal DCNS, di sini.

Kapal Selam TLDM

Turut hadir Menteri Pertahanan Perancis, Herve Morin; Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamad Ali dan Duta Malaysia ke Perancis, Datuk S Thanarajasingam.

Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter. Dibina di Cherbourg oleh DCNS Perancis dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia dulunya dikenali Izar di Cartagena, Sepanyol, kapal selam pertama yang dibina di Cherbourg akan mula diuji selepas dirasmikan, manakala yang dibina di Sepanyol dijangka siap pada 2008.

Najib berkata, KD Tunku Abdul Rahman yang akan memasuki perairan Malaysia pada 2009 dapat memastikan perairan khususnya Selat Melaka menjadi kawasan selamat untuk laluan kapal perdagangan antarabangsa.

Beliau berkata, pembelian Scorpene adalah hasil kerjasama strategik kerana pegawai dan anggota TLDM dilatih mengendalikan dan menyelenggara kapal selam dengan selamat dan profesional.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak, peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam. Ia berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya.

Tekanan udara, sistem penyejukan air dan kuasa elektrik dibekalkan empat jana kuasa diesel Izar/MTU 396 12V SE84 atau 360 elemen bateri plumbum.

Mekanisme sistem pendorongan dan elemen sokongan dibina dalam dua kebuk berasingan dengan sistem pautan elastik bagi menghilangkan kesan bunyi dan gegaran.

Sumber : Berita Harian

Video Promosi Scorpene

Related Articles

22 Comments

  • navy bangun setapak dengan asetnya setelah airforce membeli SU 30 MKM.

    Sedia berkorban

    Trojan
    Tue 30th October, 2007
    reply
  • Owww..apsal takleh rasmi kat mesia jek? hurmm ni ke yg ade kena mengena dgn kes altantuya tu? hehehe…*maaf, pengomen ini banyak terpengaruh dgn citer rumours* ..ekeke

    azrn
    Tue 30th October, 2007
    reply
  • Yuppp… pandang dari mata burung, Bukan dari bawah tempurung…

    Azhar Ahmad
    Tue 30th October, 2007
    reply
  • ada spec penuh sub nih x? leh tembak missle? yg nih brand new kan, bukan refurbished.

    shutterspeaks
    Tue 30th October, 2007
    reply
  • kapal selam adalah keperluan negara.jika perang berlaku rakyat yg mengutuk askar nak tinggal mana adakah masih mampu tingal d rumah.sila buka mata jangan tak tentu pasal marah askar.kerana kami kamu sebagai rakyat dapat tidur.jika rakyat tidak puashati bole le kamu sebagi rakyat bubarkan tentera .tak perlu ada askar

    musstafa
    Mon 22nd December, 2008
    reply
  • Apa yang boleh dibanggalainkan dengan kapal selam buatan orang.Kalaulah kapal selam ini buatan Malaysia,saya tabik tapi bukan dan ia sangat mengecewakan.

    radhi_88
    Fri 10th July, 2009
    reply
  • ala wat2 bangge jer..

    rahsia
    Mon 27th July, 2009
    reply
  • malaysia boleh!!!!!!!!! teruskan perjuangan tuk berjaya….. i love malaysia

    saiful
    Tue 8th September, 2009
    reply
  • walla depa x ada apa, yang ada hanya suara. tu yg depa dok kata. kalau nak tau masuk la tentera. ko tau la apa yg akan ko rasa

    buddy
    Thu 17th September, 2009
    reply
  • yg korang sibuk2 nak kutuk askar ni pesal? korang suruh jd askar bleh x? jd pengawas skolah pun tak terkawal budak2.. peh!! klu ngra kucar kacir, nak salahkan askar… ni ngra xde pape hal, pun nak kutuk askar.. korang nak askar buat pe? biarlah dorang buat keje dorang.. korang duduk diam je.. okeh?? btw, msia xmampu hasilkan kapal selam sendiri pn korang nak kutuk gak? p lah buat kapal selam utk msia klu dh hbt sgt.. skurang2nye masia MAMPU BELI kapal selam.. ade inisiatif.. cakap pakai otak wei..jgn ikut sdp mulut

    akulah insan
    Mon 30th November, 2009
    reply
  • wahai anak malaysia.!!!
    hangpa smua jgnlah gaduh2 nohh.. la ni kta dah brsyukur sngt dah negara kta dah mempunya 2 buah kapal selam ..
    kira kta ni dah maju juga lah dari segi pertahanan…
    jgnlah nk mngata anak malaysia ni tak bleh MAJU.!!
    MALAYSIA BOLEH.!!

    Faiz
    Fri 2nd April, 2010
    reply
  • Aku bangga sngt kta dah ada 2 buah kapal selam ntuk lindungi negara kta ni…
    mudah2an esok lusa Malaysia mampu buat kapal selam sndiri..
    tak payah nk beli2 ngn negara lain..

    Faiz
    Fri 2nd April, 2010
    reply
  • kapal selam pun dah berkurun

    muhammad arif
    Sat 24th April, 2010
    reply
  • kita tidak perlu kapal selam kita hanya perlu pesawat pejuang

    muhammad arif
    Sat 24th April, 2010
    reply
  • tapi tak pa la janji ada kapal selam cukup

    muhammad arif
    Sat 24th April, 2010
    reply
  • dunia dah nk kiamat buat la amal ibadah giii bgus knapa la kita nk mnjurus kpada peperangan tidak akn membuAh kan apa2 hasil ponJADI LU FIKIR LAH SENDIRI

    mohd hafiz
    Tue 10th May, 2011
    reply
  • UNTUK APA SEBUAH NEGARA YANG MAJU KALAU KITA BRFIKIRAN SPERTI ORG BODOHHHHH MELAYU AKAN HILAN DI DUNIA

    mohd hafiz
    Tue 10th May, 2011
    reply