Hosting Baru 19.04.10

Saya terpaksa bertukar ke hosting lain buat kali ke dua untuk tahun ini berikutan beberapa masalah di hosting lama.

Sebelum ini, saya menggunakan DataKL sebagai hosting pilihan dan tiada banyak masalah yang dihadapi selain kumpulan support yang pantas dan masa up yang baik selama dua tahun bersama mereka. Cuma hosting ini pernah dipecah masuk sekali oleh penggodam dari Indonesia. Akaun GMail saya juga telah dibolosi beliau. Siap YM dengan saya lagi. Ini berlaku semasa konflik Malaysia – Indonesia beberapa bulan lepas.

Sebaik tempoh langganan bersama DataKL tamat, saya mencari hosting yang menyediakan domain tambahan (addon domains) yang lebih banyak bagi memenuhi keperluan projek berbanding 5 addon domains yang diberikan DataKL.

JomHosting dilihat memenuhi kehendak saya selain kos yang agak murah. Saya memilih server di US kerana ruang yang diberikan agak besar dan masa akses tidak begitu lambat.

Setelah beberapa minggu bersama JomHosting, saya mendapat notis bahawa hosting saya telah digantung kerana penggunaan sumber yang tinggi. Pihak hosting menyarankan saya berpindah ke server Malaysia dan saya bersetuju untuk melakukan pemindahan.

Serangan oleh kod javascript jahat seakan virus Gumblar baru-baru ini memaksa saya untuk mencari hosting lain bagi mengelakkan projek-projek tergendala lagi.

Semasa anda membaca entri ini, laman web ini telah selesai berpindah ke hosting WP Webhost. Pemindahan terpaksa dilakukan secara manual kerana saya terpaksa memeriksa fail-fail tertentu dan dibimbangi terdapat fail yang diserang terlepas pandang selain saya tiada backup untuk fail-fail yang baru dimuat naik ke JomHosting.

Maka bermulalah perjalanan saya bersama WP Webhost.

Related Articles

1 Comment

  • Datakl power dowh. bertahun dah aku guna. Tapi dok tahan sebab add on domain sikit boleh letak. Maha pon ya kot keh keh keh

    Hanny Ramzy
    Sun 20th June, 2010
    reply

Wanna say something?

If you've got an opinion about Hosting Baru - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!

:

: