“Double-decker” Windows Taskbar

Jika anda ada membaca entri Lagi Konsep Reka Bentuk Komputer Untuk Microsoft Longhorn, anda akan dapat perhatikan paparan skrin Windows Longhorn pada monitor sebuah PC konsep itu.
Dalam paparan itu, anda dapat lihat taskbar atau bar tugas yang anda tidak pernah temui dalam mana-mana versi Windows.
Semasa pembangunan Longhorn atau Windows Vista kini, pereka bentuk di Microsoft cuba bermain dengan idea untuk menyatukan apa yang dipanggil sekarang Windows Sidebar ke dalam taskbar itu sendiri.
Untuk itu, bar tugas itu dibahagikan kepada dua bahagian di mana taskbar pertukaran aplikasi ditempatkan pada baris lut sinar di bahagian atas. Manakala, Sidebar diletakkan pada bahagian bawah pada kedudukan menegak.
Idea ini adalah untuk mengelakkan penggunaan ruang sisi skrin pengguna sebagaimana yang dihadapi pengguna Vista Sidebar sekarang.

Jika taskbar digunakan secara sepenuhnya dengan fungsi Windows Sidebar, ia akan menjadi lebih menarik dan berinformasi. Sebagai contoh, ruang bual mini boleh ditempatkan di taskbar seperti paparan di atas. Selain itu, emel-emel yang baru diterima juga dapat ditunjukkan pada ruang taskbar tanpa perlu membuka aplikasi lain seperti Outlook atau Firefox.
Bagaimanapun, berdasarkan Hukum Fitts, segala perubahan objek antaramuka pengguna dari sisi skrin, menyebabkan perubahan luas infiniti objek tersebut. Hukum Fitts menyatakan disebabkan kursor sentiasa di sisi skrin tidak kira berapa jauh anda menggerakkannya, sasaran akan mudah dicapai dengan menggerakkan kursor pada mana-mana arah. Oleh itu, dengan menempatkan taskbar pertukaran aplikasi jauh dari sisi skrin, lebih banyak usaha diperlukan untuk pertukaran antara aplikasi di taskbar. Masalah reka bentuk ini membawa kepada kegagalan idea penyatuan Windows Sidebar dalam Taskbar.
Beberapa konsep lain seperti ini turut direka untuk Longhorn, namun hanya beberapa sahaja yang digunapakai dalam Windows Vista. Yang pasti, idea-idea sudah banyak dicurahkan dan dikorbankan untuk membawa pengguna Windows merasai pelbagai pengalaman bukan sahaja untuk versi terkini, malah keluaran Windows akan datang.
Untuk vista jer nihhhh