Archive for PHP
PHP String Function – strip_tags() 06.05.10
strip_tags() —Keluarkan tag HTML dan PHP daripada string.
string strip_tags ( string $str [, string $allowable_tags ] )
PHPAcademy Dibuka Kepada Beta Testers 20.04.10
PHPAcademy kini membuka permohonan kepada 60 pembangun untuk menjadi kumpulan pertama program latihan “PHP on Windows”. Ujian beta ini akan diadakan pada 21 – 26 April 2010 tanpa sebarang kos.
Untuk permohonan, sila layari laman web berikut.
Pembangun yang berjaya akan diberikan sijil pengiktirafan daripada PHP.net.my.
PHP Academy 20.04.10
PHP.net.my telah merancang beberapa siri program PHP yang menarik untuk tahun 2010, dimulai dengan PHPAcade.my. PHPAcade.my merupakan program latihan “PHP on Windows” atas talian yang dibawa dengan kerjasama Microsoft dan MDeC.
PHPAcade.my menyediakan kandungan teknikal untuk membantu anda memahami bagaimana membangunkan aplikasi PHP menggunakan Windows, IIS 7 dan SQL Server 2008. Anda akan dibawa menerusi “PHP on WIndows Training Kit” yang diiktiraf Microsoft, demo, hands-on-labs dan peperiksaan.
Server untuk kemudahan lab maya akan disediakan percuma bagi anda melengkapkan kursus atas talian ini tanpa sebarang kos.
Lawati PHPacade.my untuk maklumat lanjut!
Introduction to Object Oriented PHP 14.04.09
Menggabungkan Teks Dengan Variable 28.05.08
Anda ingin memaparkan “Nama saya ialah Ali”.
Untuk menggabungkan teks dengan variable, dot atau titik akan digunakan.
Contoh di bawah menggabungkan dua variables.
<?php $nama = "Ali"; $teks = "Nama saya ialah "; print ($teks . $nama . "."); ?>
Teks digabungkan dengan variable seperti contoh di bawah.
<?php
$nama = "Ali";
print ("Nama saya ialah " . $nama . ".");
?>