Archive for News
Selamat Ulang Tahun Ke-10, Blogger 03.09.09
Banyak yang telah berubah sejak Blogger diperkenalkan pada Ogos 1999. Sejak Google mengambil alih Blogger pada Februari 2003, kira – kira 250, 000 pengguna melawat Blogger setiap bulan ketika itu. Kini, bilangan itu melebihi 300 juta.
Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Blogger, Google menambah beberapa ciri menarik dalam Blogger sebagai tanda terima kasih kepada berjuta – juta pengguna mereka. Mari lihat hadiah daripada mereka di sini.
Windows 7 RC1 Dibuka kepada Umum 05.05.09
Microsoft akhirnya membuka laman muat turun Windows 7 Release Candidate 1 kepada umum, iaitu sehari lebih awal dari tarikh yang dijangkakan, 5 Mei 2009.
Windows 7 RC adalah build 7100 dan merupakan versiĀ pertama bagi fasa Release Candidate selepas versi Beta Windows itu dibuka beberapa bulan lalu. Laman muat turun tersebut akan dibuka sehingga Julai 2009 untuk membolehkan orang ramai menguji versi tersebut. Microsoft dijangka mengeluarkan versi akhir Windows 7 pada tahun hadapan.
Versi Beta Windows 7 akan tamat pada 1 Ogos 2009 manakala bagi versi Release Candidate anda boleh menguji sistem pengoperasian tersebut sehingga 1 Jun 2010.
Klik link di bawah untuk muat turun Windows 7 Release Candidate
Pelancaran RazakSAT Ditangguh 18.04.09
PUTRAJAYA: Pelancaran satelit RazakSAT yang dijadualkan Selasa depan di Kwajalein Atoll, Republik Kepulauan Marshall, ditangguhkan berikutan masalah teknikal pada kenderaan pelancarnya, Falcon 1.
Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Abdul Hanan Alang Endut, berkata Syarikat Space Exploration Technology (Space X) mendapati terdapat data gegaran pada kenderaan pelancar itu.
“SpaceX syarikat yang bertanggungjawab melancarkan satelit itu mendapati data gegaran yang dialami Falcon 1 adalah pada tahap yang kurang selamat untuk RazakSAT dilancarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kerja teknikal yang perlu dilakukan dijangka mengambil masa kira-kira enam minggu.
Tarikh pelancaran baru akan diumumkan sebaik sahaja Falcon 1 didapati sedia dan selamat untuk dilancarkan, kata Abdul Hanan.
Dipetik dari Bernama
Kapal Selam Pertama Negara Tiba 25 Julai 18.04.09
KUALA LUMPUR: Kapal Selam Scorpene pertama negara, Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman, yang diterima secara rasmi daripada pengarah projek Scopene di Toulon Perancis pada 24 Januari lalu, dijangka tiba di tanah air pada 25 Julai depan.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar, berkata kapal selam itu akan berlabuh di Pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, Pulau Indah, Klang, dan akan disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dalam satu upacara khas sebelum meneruskan pelayaran ke pangkalan TLDM Lumut.
“Seterusnya, kita akan mengaturkan pergerakannya (kapal selam) ke Langkawi untuk pertunjukan Lima 2009 sebelum menuju ke pangkalan TLDM Sepanggar Sabah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian logo Jubli Intan TLDM dan pelancaran album lagu patriotik kumpulan Koir Suara (Koswa) TLDM oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal di sini.
Abdul Aziz berkata, kapal selam KD Tunku Abdul Rahman itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh krew TLDM.
“Mereka kini masih menjalani latihan untuk memahirkan cara pengendalian, pengoperasian dan penggunaan kapal selam untuk misi tertentu dan kita mempunyai jurulatih tentera laut Perancis untuk melatih tentera laut kita dari segi teknikal,” katanya.
Scorpene, kapal selam tempur konvensional yang dibina di Cherbourg, Perancis oleh DCNS dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia, itu mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.
Ia antara lain dilengkapi dengan enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak, peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam.
Kapal selam berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya.
Mengenai status pembinaan pangkalan TLDM Sepanggar itu, Abdul Aziz berkata ia akan siap seperti yang dirancang dan akan diserahkan kepada kerajaan pada 30 Mei ini.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata sambutan Jubli Intan TLDM pada 27 April ini akan dipenuhi pelbagai acara termasuk majlis pengisytiharan Lumut sebagai bandar tentera laut, hari terbuka Armada bersama pameran Jom Heboh TV3, penganugerahan dan perarakan panji-panji tiga unit TLDM.
Dipetik dari Bernama
Senarai Lengkap Kabinet Malaysia 2009 10.04.09
Perdana menteri – Datuk Seri Najib Razak
Timbalan perdana menteri – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon – perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz – perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop – Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom – hal ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah
Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak
Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)
Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)
Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)
Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)
Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)
Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)
Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)
Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)
Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)
Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)
Menteri pelancongan
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)
Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)
Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)
Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)
Menteri kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)
Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)
Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)
Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)
Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)
Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)
dipetik dari MalaysiaKini