Archive for Naval Life

ACT UTM : Jumbo Nite 08.12.07

  • Naval Life
  • Comments Off on ACT UTM : Jumbo Nite
  • 0
  • Training kali ini lebih tertumpu kepada pengurusan dan pengendalian majlis. Semalam, kami menghadiri mesyuarat untuk Majlis Malam Mesra dan Suai Kenal pada 12 Disember nanti. Aku dipertanggungjawapkan dalam protokol dan aturcara. Masa ni barulah tau betapa seksanya kerja bila dah jadi pegawai. Semua kena proper and ikut standard. Huhu. Kerja buku aturcara aku dah berapa kali kena pick up, salah memanjang.

    Seperti ACT sebelum ini, kami mengadakan Jumbo Nite untuk berhibur dan bersuka ria malam semalam. Macam time aku awal-awal dulu, barulah korang tau macam mana life seorang navy. Time happy memang kene happy. Lepas makan banyak-banyak, kena guling, punishment dan lain-lain. Haha. Time kadet begitulah kehidupannya.

    Hari ini, kitorang dapat shore leave and esok start balik training. Bila da dapat kuar nih, cam besa, makan luar la pulak. Kalo mase training, makanan tanak sama la plak, pastu kadet kuat makan. Selalu je abes. Siyal. So, good luck to all. Enjoy~

    ACT UTM : First Day 04.12.07

    Letih seh lagi. Tadi tidur kejap je. Bangun pagi terus gie markas untuk breakfast. Then GI suruh teman kadet ke kolam renang. Memang tak sempat nak rehat. Baju pun tak basuh lagi. Aku lagi suka life kat KTLD. More PT, base run, kelas, girls. Haha. Tak sabar tunggu untuk tahun depan plak. Huhu.

    ACT Lumut : Back to UTM 03.12.07

    Hari ini merupakan hari terakhir kami di sini. Latihan PALAPES fasa I, melibatkan USM, UPM dan UTM tamat hari ini. Peperiksaan PALAPES Tahun1 selesai dijalankan setelah ditunda Sabtu lalu. Selepas peperiksaan, diadakan Majlis Penutup dan sesi bergambar. Kami bertolak pulang tepat 1400H dari KD Sultan Idris I, Kolej Tentera Laut DiRaja, Pangkalan TLDM Lumut. Singgah makan tengah hari di Lumut sebelum meneruskan perjalanan ke Skudai. Setelah lebih kurang 12 jam perjalanan, kami tiba di Markas PALAPES Laut UTM. Esok sambung training pulak kat sini. Damn. No excuse.

    ACT Lumut : Hell Night 02.12.07

    Malam tu, diadakan Happy Hour untuk semua kadet KTLD and Junior Midshipmen PALAPES. Seperti malam sebelumnya, beberapa persembahan sketsa, nyanyian dan sesi karaoke dilangsungkan. Memang malam tue dance sampai berpeluh-peluh. Time seronok, seronok betul-betul… Time hell, hell sampai mampus. Huhu.. kan?? Habis majlis tue, pegawai suruh change to PT rig. Sebenarnya kitorang kene sikit kalau nak dibandingkan dengan senior. Lepas di’separate kepada 2 kumpulan, kumpulan aku agak malang coz kitorang kene agak teruk (team kitorang pun semua mantap-mantap lagipun). First, push up 50 times, then cangkung lejang infiniti (atceli bile sampai 150 pegawai kasi berenti), pastu guling satu padang kawad. Huh..lepas kene guling tu, memang padang kawad tue da penuh dengan tompok-tompok muntah. Memang banyak gile. Dan aku ngan beberapa member laen terpaksa kerja overtime untuk mencuci tempat tersebut. Memang hell lah. Sebab kitorang kene punish malam tu adalah kerana kehilangan telefon bimbit. Telefon tersebut telah dijumpai akhirnya. Sebenarnya, telefon bimbit adalah dilarang sama sekali di Kolej Tentera Laut DiRaja. So, fikirlah.. Dah tau mende tue salah, bile da hilang, kasi tau pegawai plak. Memang nak kena ler.

    ACT Lumut : Larian Pangkalan 01.12.07

    Lebih dikenali sebagai base run. Disebabkan hari ini hari minggu, EMA kami diadakan selepas sarapan pagi. PTI membawa kami shore leave sebentar ke Lumut untuk bersiar-siar. Aktiviti hari ini lebih kepada pentadbiran universiti masing-masing. Malam, semasa Happy Hour diadakan persembahan sketsa daripada Midshipmen KTLD. Dan bermulanya acara “open floor” selepas itu. Let’s dance!!