Archive for Naval Life

MV MAHSURI : Selamat Datang 02.02.08

Pelayaran Bersama MV MAHSURI

Selesai menikmati sarapan pagi di Bandar Lumut, kami bergerak ke Markas Armada, Pangkalan TLDM Lumut. Tiba di Markas Armada, masing-masing membawa barang-barang ke kapal MV MAHSURI yang sedia berlabuh. Taklimat ringkas berkenaan penginapan dan pengenalan kepada krew-krew kapal diadakan sebelum kami menuju ke bilik masing-masing.

Selepas bersiap, kami diberi taklimat keselamatan dan dibawa ke sekitar kapal. Sesi pembahagian awasan diadakan selepas makan tengah hari. Setiap awasan akan menjalankan tugas mengikut masa yang telah ditetapkan.

Seperti di darat, waktu petang akan diadakan latihan fizikal. Tetapi latihan di sini agak terhad disebabkan masalah ruang. Kami hanya melakukan latihan di sekitar Geladak Penerbangan di bahagian teratas kapal.

Jam 2000, Awasan Merah memulakan tugasan pertama di kapal MV MAHSURI. Setiap anggota ditugaskan di setiap lokasi seperti Anjungan, Look Out dan Life Bouy Sentry. Mengikut masa perjalanan, kami sepatutnya tiba di Langkawi jam 2100 H. Namun, atas sebab latihan, Pegawai Memerintah membenarkan kapal berlayar sekitar Selat Melaka supaya setiap anggota mendapat pengalaman dalam pengemudian kapal dan bahagian navigasi lain.

Jam 0000 H, Awasan Putih mengambil alih tugas untuk sesi Middle Watch.

Pelayaran Bersama MV MAHSURI 01.02.08

View

Seramai lebih kurang 97 anggota Palapes Laut UTM dan Pasukan Simpanan Sukarelawan TLDM (PSSTLDM) KD Sri Medini bertolak dari Markas Palapes Laut UTM untuk Latihan Pelayaran Menaiki MV MAHSURI selama seminggu bermula 2 Februari 2008. Destinasi pelayaran adalah ke Pulau Langkawi.
Perjalanan ke Markas Armada, Pangkalan TLDM, Lumut mengambil masa lebih kurang 11 jam. Bas bertolak dari UTM jam 2230 H dan tiba di Markas Armada jam 0930 H.

Ini merupakan pelayaran pertama untuk kami, Intake 14.

Malam Mesra dan Suai Kenal PALAPES Laut UTM 11.12.07

Inilah malam gembira kami setelah bertungkus-lumus menguruskan dan menyediakan persiapan rapi untuk majlis ini. Walaupun agak tidak berpuas hati dengan lokasi dan persiapan-persiapan yang dilakukan, hari terakhir ACT perlu disambut dengan gembira. Kegembiraan malam itu tidak dapat digambarkan melalui kata-kata. Dengan foto-foto saja boleh diterjemahkan. Huhu.

Cuti semester masih berbaki 2 hingga 3 minggu lagi. Kepada semua anggota PALAPES Laut UTM, selamat bercuti. Jumpa lagi semester depan.

Bounti tahun ni da masuk.. yahoo. Tapi kene simpan lak ntok mess undress, adeih.. Tak leh enjoy.

ACT UTM : Last Day 10.12.07

  • Naval Life
  • Comments Off on ACT UTM : Last Day
  • 0
  • Hari ini merupakan hari terakhir training untuk ACT kali ini. Atceli esok masih ade sehari lagi sebelum kami memulakan cuti rasmi bagi semester ini. Esok akan dilangsungkan Malam Mesra dan Suai Kenal PALAPES Laut UTM. Aku masih sibuk dengan kerja-kerja sekretariat. Belum selesai masih.

    ACT UTM : Hell + Happy Night 09.12.07

    Hujan turun agak renyai. Lepas night round, kitorang kene change to PT rig. Then bermulalah episod punishment malam itu. Macam biasalah, kalo kadet kitorang buat salah, kitorang akan kena dulu (pastu kitorang amek la derang balik). Agak sakit malam tu. Knuckle yang nak baek, tros luka balik.

    Time guling atas jalan memang tak boleh bla. Dari ade air, tros da xde lagi lopak-lopak. Memang basah habis. Luar dalam. Then, kitorang kene wat persembahan. Funny rig. Masa tu, masing-masing da lupe tajian-tajian yang kitorang baru kene. Memang enjoy persembahan tu. Masing-masing gelak sakan. Sambil kitorang wat persembahan tu, kadet-kadet sedang ditaji jugak. Change parade pun derang kene kot.

    Malam tu gak first time kitorang dengar ladies panggil “Chop chop guys”. Haha. Kitorang guys tengah seronok berguling time tu. Chop chop guys.