Archive for Mac OS X

Reconfig Mail.app Dalam Mac OS X 11.04.10

  1. Klik pada Menu Mail, kemudian pilih Preferences.
  2. Klik pada menu Accounts.
  3. Pilih akaun emel yang ingin anda padam.
  4. Klik pada tanda tolak di bawah.

Selepas padam akaun di Mail Preferences, keluar dari Mail dan buka kembali.

Selain itu, anda boleh cuba padam fail berikut berikut (Pastikan anda melakukan back up terlebih dahulu) :

  • ~user/Library/Mail
  • ~user/Library/Preferences/com.apple.mail.plist.

Tetapkan Startup Items dan Login Dalam Mac OS X 19.02.10

Login item boleh ditentukan dalam System Preferences. Apabila ia disetkan, aplikasi yang dipilih akan dibuka secara automatik sebaik anda log masuk ke dalam Mac OS X.

Cara setkan login item :

1. Log masuk ke dalam akaun anda.
2. Pada Apple menu pilih System Preferences.
3. Klik “Accounts”.
4. Klik pada nama pengguna.
5. Klik pada button “Login items”.
6. Tetapkan aplikasi pilihan dengan menekan button “Add {+}”.

Restore Mac Anda Dengan Time Machine 18.02.10

Time Machine merupakan sistem backup untuk pengguna Mac OS X dimana anda boleh mendapatkan kembali fail-fail lama atau dokumen yang didelete secara sengaja atau tidak.

Selain itu, dengan Time Machine juga anda boleh restore kembali seluruh sistem anda sekiranya berlaku keadaan yang tidak diingini atau kegagalan sistem untuk berfungsi.

Hanya dengan menjalankan Time Machine dan biarkan ia melakukan backup ke atas sistem anda, tiada lagi yang perlu dirisaukan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak disangka.

Langkah-langkah untuk restore Mac anda dengan Time Machine :

  • Sambungkan hard disk backup anda ke komputer.
  • Pasang komputer.
  • Masukkan Mac OS X Install disk ke dalam dvd drive.
  • Boot dari DVD tersebut atau tekan kekunci “C”.
  • Pilih bahasa pilihan anda kemudian continue.
  • Pilih “Utilities” > “Restore System from Backup” dari menu di atas.
  • Pilih sumber backup anda.
  • Tekan butang “Continue”.
  • Klik pada tarikh dan masa pilihan sumber backup.
  • Klik “Continue”.
  • Pilih hard disk untuk lokasi restore.
  • Klik “Restore”. Proses ini akan mengambil sedikit masa bergantung kepada saiz backup.

Cipta Fail .bash_profile Dalam Mac OS X 03.12.09

Fail .bash_profile tidak wujud pada pemasangan Mac OS X biasa. Sekiranya anda perlu menjalankan sesetengah function dari command line, fail ini kadang-kala akan diperlukan.

Untuk mencipta fail .bash_profile :

  • Buka Terminal
  • Taip “cd ~/”untuk ke folder home anda.
  • Taip “touch .bash_profile” untuk cipta fail .bash_profile.
  • Edit .bash_profile dengan editor pilihan anda atau taip “open -e .bash_profile” untuk membuka dengan TextEdit.
  • Save fail tersebut sebaik selesai.
  • Taip “. .bash_profile” untuk reload file tersebut.

Selectable Audio Device Pada Menu Bar 02.12.09

Klik kekunci Option + ikon audio pada menu bar.

Senarai output dan input devices akan dipaparkan dan anda boleh pilih dan tukar dengan pantas tanpa perlu ke System Prerefences. Handy.