Archive for Life
I’m Officially A Mac User 28.10.09
Finally, berjaya jugak aku membangun sebuah mesin Hackintosh. Memandangkan prosessor AMD agak sukar untuk pemasangan Mac OS X ini, aku terpaksa bertukar kepada Intel atas sebab percubaan beberapa kali sebelum ini dengan cip AMD tidak berjaya.
Atceli aku dah memulakan projek Hackintosh ni sejak 2007 lagi, namun semua percubaan gagal dan ada yang hampir – hampir berjaya.
So, I decided to build a PC for my Hackintosh and here we go ;)
Selamat Hari Merdeka ke-52 31.08.09
31 Ogos
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Salam Ramadhan 1430 22.08.09
Firman Allah S.W.T :
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.“ – (Surah Al-Baqarah : 183)
Hadis Rasulullah s.a.w : Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Lafaz Niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas :
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya : Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan :
Lafaznya :
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya : Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Doa Buka Puasa
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan.
Sumber : Wikipedia
SCJP : Sun Certified Java Programmer 12.05.09
Just started my Java Programming course yesterday. Here the course details (not so details actually). I’ll share what I’ve learn in the class and post here for all of you.
| SCJP – Sun Certified Java Programmer | |||
| Bil | Code | Name | Bil Days |
| 1 | SL110 | Fundamentals of The Java Programming Language | 5 |
| 2 | SL275 | Java Programming Language | 8 |
| 3 | Prep CX-310-055 | Preparation for CX-310-055 exam | 2 |
| 4 | Exam CX-310-055 | Sun Certified Programmer for the Java Platform, Standard Edition 5.0 Examination | 1 |
| 5 | Soft Skill 2D | Soft Skill 2 days | 2 |
| Total Days | 18 | ||