Archive for How To

Start Komputer Dalam Safe Mode 18.11.07

Safe Mode

Safe Mode (mod selamat) adalah cara lain untuk memulakan Windows apabila berlakunya masalah kritikal pada sistem yang menggagalkan operasi biasa Windows. Tujuan Safe Mode adalah untuk membolehkan anda menyelesaikan masalah Windows dan cuba mengenal pasti punca keadaan itu berlaku. Setelah masalah dikenal pasti dan dibaiki, anda boleh Reboot dan memulakan Windows seperti biasa.

Dalam Safe Mode, anda hanya mempunyai akses kepada fail-fail dan pemacu-pemacu asas (tetikus, papan kekunci, video asas, storan, servis sistem, tiada sambungan internet) sahaja. Anda boleh memilih pilihan Safe Mode with Networking, dimana dilengkapi servis penting dan pemacu untuk memulakan rangkaian. Pilihan Safe Mode with Command Prompt pula manggunakan bentuk baris perintah berbanding antara muka pengguna (GUI) dalam Safe Mode. Manakala, Last Known Good Configuration akan memulakan komputer menggunakan maklumat daftar (registry) yang disimpan pada kali terakhir komputer ditutup.

Read more

Kesan Virus Ravmon Dan Penyelesaian 15.11.07

Fire

Kesan serangan virus Ravmon apabila merebak ke komputer/pen drive.

Apabila membuka cakera keras atau pen drive dengan menekan kekunci kanan tetikus, menu konteks akan memaparkan perkataan yang tidak difahami. Apabila anda klik pada perkataan tersebut, pilihan anda tidak akan dibuka. Sebaliknya tetingkap Open With akan terpapar meminta anda memilih perisian yang mahu digunakan untuk membuka fail tersebut (Choose the program you want to use to open this file). Begitu juga apabila anda cuba membukanya dengan dwiklik pada butang tetikus.

Paparan menu Konteks dan tetingkap Open With

Ravmon


Read more

Penyelesaian Serangan Virus New Folder.exe 09.11.07

Mountain

Virus, spyware, malware dan worm merupakan ancaman besar ke atas pengguna-pengguna komputer, terutamanya komputer berinternet. Serangan ini mudah merebak terutamanya melalui pen drive dan disket. Hal ini diperburukkan lagi apabila komputer tidak mempunyai perisian antivirus dan antispyware terkini.

3 perisian penting yang perlu ada di dalam PC sebelum kita bergelumang dengan dunia Internet.

(pastikan semuanya sentiasa dikemaskini)

Ancaman Virus New Folder.exe

Read more

Tukar Maklumat Pengguna Komputer Anda 03.11.07

Bagaimana menukar maklumat Pengguna dan Organisasi Berdaftar bagi Windows Vista? Ikuti langkah berikut untuk melakukan perubahan penting pada registry (daftar) komputer anda.

About Windows


Read more

Animasikan User Picture Pada Start Menu 02.11.07

Ketika Windows Vista mula diperkenalkan kepada penguji, antara muka 3 dimensi (3D) telah dipersembahkan dengan pelbagai animasi dan ciri interaktif menarik hasil janaan Windows Presentation Foundation (WPF). Bagaimanapun, kerana kelewatan, Microsoft telah menangguhkan penggunaan WPF dalam antara muka pengguna dan beberapa aplikasi “WOW” telah diketepikan dahulu.


Read more