BuddyPress 1.2 17.02.10

  • BuddyPress
  • Comments Off on BuddyPress 1.2
  • 0
  • BuddyPress 1.2 telah dilepaskan dan kini boleh  digunakan dengan instalasi WordPress biasa.

    Banyak ciri-ciri baru dan beberapa peningkatan yang terdapat dalam versi ini. Antaranya BuddyPress kini tidak lagi terhad kepada pengguna WordPress MU sahaja. Ia kini boleh dipasang pada WordPress dan WordPress MU versi 2.9.1 dan ke atas.

    Menerusi tiga langkah mudah, BuddyPress 1.2 siap untuk dijalankan tanpa perlu lagi mengikut langkah-langkah manual seperti dalam versi terdahulu.

    Seperti yang dirancang, versi ini dikeluarkan dengan tema default baru yang menyokong semua ciri baru yang terdapat dalam BudddyPress versi 1.2.

    BuddyPress 1.2 boleh dimuat turun dari laman rasmi BuddyPress sekarang!

    Related Articles

    Comments are closed.