BlogOhBlog.com Untuk Dijual

Bob, pemilik BlogOhBlog.com memutuskan untuk menjual laman web tema Wordpress buatan Malaysia miliknya kepada sesiapa yang berminat. Laman yang menyediakan pelbagai koleksi tema Wordpress hasil cetusan idea beliau menjadi pilihan blogger-blogger untuk mendapatkan tema-tema baru bagi menampakkan ciri menarik pada blog mereka. Aku tidak terkecuali daripada menjadi salah seorang pengguna tema Blog Oh Blog. Kebetulan, aku baru sahaja melakukan sedikit perubahan pada tema asal beliau mengikut keperluan blog ini dan mula menggunakannya sejak beberapa hari lalu. Lihatlah tema blog ini sekarang. Terima kasih kepada Bob.
Walaupun bermula sejak 5 bulan yang lalu, namun blog tema Wordpress ini sudah mencapai suatu tahap yang amat dibanggakan. Lihat pencapaian BlogOhBlog.com ini.
![]()
Ramai yang terkejut dengan keputusan beliau. Namun menurut Bob, beliau mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerja dan bisnes luar. Apa pun, mari kita ucapkan selamat berjaya untuk Bob. All the best, Bob!!
terima kasih kerana menyebarkan
doakan semoga aku berjaya
amin.. jgn lupe lak kt aku nati bile da masyuk. hehe
Sesungguhnya la, aku berasa sedikit terkilan dengan penjualan ini. Terkilan sebab… Ntah. Hahaha…
currently price dia dah riban2 kot
tk nk hentak ke??
Pandai encik Bob mengatur strategi market dia..haha..time blog meletup, masa tu la nk jual~
Lepas jual blog boleh beli rumah..:D
Dah terjual pun. USD10K. Hohohoh…
[...] berjaya menarik perhatian Bob untuk dipilih walaupun terdapat bidaan lebih tinggi dengan USD19,500. Semalam, Bob mengumumkan untuk menjual laman web tema Wordpress buatan Malaysia miliknya kepada sesiapa [...]