Alahai Penat
Aktiviti hari ini sangat memenatkan. Aku ade latihan kat KD Sri Medini. Bertolak dari UTM jam 0700 pagi dan tiba di KDSM jam 0745. Latihan hari ini dimulakan dengan upacara menaikkan panji-panji pagi atau colors. Duty aku hari ini adalah menaikkan “ensign”. Pertama kali dilakukan di “Quater Deck”, satu kawasan larangan untuk semua anggota TLDM.
Jam 0845, kelas “Nuclear Biological Chemical Defence” bersama “Petty Officer”. Praktikal penggunaan dan pengendalian Alat Pemadam Api Utama dan Alat Pemadam Api Kecil dalam kebakaran. Main air je banyak. Pastu, tekan picu banyak-banyak nak padamkan api, pada hal api kecik.
1030 pagi, dengan berpakaian Delta, masuk ke padang kawad. Latihan kawad pedang bersama GI Ashari. Matahari da mula nak mencanak atas kepala. Disebabkan bilangan pedang agak terhad, terpaksa buat latihan berperingkat-peringkat. Tamat latihan jam 1245 tengah hari. Panas + dahaga…
1409. Aku baru sampai markas jap tadi. Kol 1530 kang nak kene gi markas balik. Sesi memasak untuk berbuka puasa. Cam besa, kadet masak, senior tolong makan je.
Aku sangat mengantok. Katil dah memanggil..


Fullamak!
poser poser pun ade training ka bro…
mantap
mantap x mantap gak la. penat tetap penat. tp skg da puas. berbuke tadi, air cocktail nenas aku laku beb. hahah. sedap gak intake aku masak walaupon chef xdtg hihi~ ayam masak kurma n ikan bawal masak merah, nyam2..
intake ko yang masak? perghhh
kenalkan ako sorang dua.. lalalala…
yang pandai masak tue
cadet can do anything, but not perfect (tp sedap).
baek..si dia 1 atau si dia 2?? ngee
Satu dan Dua…
nanti ako pilih mana yang kenan.. lalalala
ehehEhe…sian~ leh x aku nk try join makan2 bukak pose,nnti?
eipp! ko kategori senior ke kadet?
ko kne join palapes la dulu. huhu.
tahun 1 = kadet
tahun 2 = junior midshipmen
tahun 3 = senior midshipmen
aku di antara kadet & junior mid. a.k.a senior cadet. kene request dulu dengan senior ntok naik pangkat (tradisi navy utm). so called “bloody midshipmen”. mcm ngeri je..
budak palapes ke ni?
hohoho..bagus2 training masa pose ni.
ade gak kne berbuke kang. tue blom masuk punishment. “amek 1 set dulu”.