Archive for February 2010

Enable Akaun root Dalam Ubuntu 20.02.10

1. Buka terminal dan taip :

[code lang=”cpp”]
sudo -i
[/code]

2. Masukkan password anda (bukan password root) sebaik diminta.

Tetapkan Startup Items dan Login Dalam Mac OS X 19.02.10

  • Mac OS X
  • Comments Off on Tetapkan Startup Items dan Login Dalam Mac OS X
  • 0
  • Login item boleh ditentukan dalam System Preferences. Apabila ia disetkan, aplikasi yang dipilih akan dibuka secara automatik sebaik anda log masuk ke dalam Mac OS X.

    Cara setkan login item :

    1. Log masuk ke dalam akaun anda.
    2. Pada Apple menu pilih System Preferences.
    3. Klik “Accounts”.
    4. Klik pada nama pengguna.
    5. Klik pada button “Login items”.
    6. Tetapkan aplikasi pilihan dengan menekan button “Add {+}”.

    Restore Mac Anda Dengan Time Machine 18.02.10

  • Mac OS X
  • Comments Off on Restore Mac Anda Dengan Time Machine
  • 0
  • Time Machine merupakan sistem backup untuk pengguna Mac OS X dimana anda boleh mendapatkan kembali fail-fail lama atau dokumen yang didelete secara sengaja atau tidak.

    Selain itu, dengan Time Machine juga anda boleh restore kembali seluruh sistem anda sekiranya berlaku keadaan yang tidak diingini atau kegagalan sistem untuk berfungsi.

    Hanya dengan menjalankan Time Machine dan biarkan ia melakukan backup ke atas sistem anda, tiada lagi yang perlu dirisaukan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak disangka.

    Langkah-langkah untuk restore Mac anda dengan Time Machine :

    • Sambungkan hard disk backup anda ke komputer.
    • Pasang komputer.
    • Masukkan Mac OS X Install disk ke dalam dvd drive.
    • Boot dari DVD tersebut atau tekan kekunci “C”.
    • Pilih bahasa pilihan anda kemudian continue.
    • Pilih “Utilities” > “Restore System from Backup” dari menu di atas.
    • Pilih sumber backup anda.
    • Tekan butang “Continue”.
    • Klik pada tarikh dan masa pilihan sumber backup.
    • Klik “Continue”.
    • Pilih hard disk untuk lokasi restore.
    • Klik “Restore”. Proses ini akan mengambil sedikit masa bergantung kepada saiz backup.

    BuddyPress 1.2 17.02.10

  • BuddyPress
  • Comments Off on BuddyPress 1.2
  • 0
  • BuddyPress 1.2 telah dilepaskan dan kini boleh  digunakan dengan instalasi WordPress biasa.

    Banyak ciri-ciri baru dan beberapa peningkatan yang terdapat dalam versi ini. Antaranya BuddyPress kini tidak lagi terhad kepada pengguna WordPress MU sahaja. Ia kini boleh dipasang pada WordPress dan WordPress MU versi 2.9.1 dan ke atas.

    Menerusi tiga langkah mudah, BuddyPress 1.2 siap untuk dijalankan tanpa perlu lagi mengikut langkah-langkah manual seperti dalam versi terdahulu.

    Seperti yang dirancang, versi ini dikeluarkan dengan tema default baru yang menyokong semua ciri baru yang terdapat dalam BudddyPress versi 1.2.

    BuddyPress 1.2 boleh dimuat turun dari laman rasmi BuddyPress sekarang!

    WordPress 2.9.2 16.02.10

  • WordPress
  • Comments Off on WordPress 2.9.2
  • 0
  • Kemaskini WordPress versi 2.9.2 kini sedia untuk dimuat turun (Tools -> Upgrade jika menerusi dashboard).

    Download WordPress 2.9.2