Windows 7 RC1 Dibuka kepada Umum 05.05.09

Microsoft akhirnya membuka laman muat turun Windows 7 Release Candidate 1 kepada umum, iaitu sehari lebih awal dari tarikh yang dijangkakan, 5 Mei 2009.

Windows 7 RC adalah build 7100 dan merupakan versiĀ  pertama bagi fasa Release Candidate selepas versi Beta Windows itu dibuka beberapa bulan lalu. Laman muat turun tersebut akan dibuka sehingga Julai 2009 untuk membolehkan orang ramai menguji versi tersebut. Microsoft dijangka mengeluarkan versi akhir Windows 7 pada tahun hadapan.

Versi Beta Windows 7 akan tamat pada 1 Ogos 2009 manakala bagi versi Release Candidate anda boleh menguji sistem pengoperasian tersebut sehingga 1 Jun 2010.

Klik link di bawah untuk muat turun Windows 7 Release Candidate

Windows 7 Release Candidate Download Link

Wanna say something?

If you've got an opinion about Windows 7 RC1 Dibuka kepada Umum - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!

:

: