Archive for May 2009

Windows 7 RC1 Dibuka kepada Umum 05.05.09

Microsoft akhirnya membuka laman muat turun Windows 7 Release Candidate 1 kepada umum, iaitu sehari lebih awal dari tarikh yang dijangkakan, 5 Mei 2009.

Windows 7 RC adalah build 7100 dan merupakan versiĀ  pertama bagi fasa Release Candidate selepas versi Beta Windows itu dibuka beberapa bulan lalu. Laman muat turun tersebut akan dibuka sehingga Julai 2009 untuk membolehkan orang ramai menguji versi tersebut. Microsoft dijangka mengeluarkan versi akhir Windows 7 pada tahun hadapan.

Versi Beta Windows 7 akan tamat pada 1 Ogos 2009 manakala bagi versi Release Candidate anda boleh menguji sistem pengoperasian tersebut sehingga 1 Jun 2010.

Klik link di bawah untuk muat turun Windows 7 Release Candidate

Windows 7 Release Candidate Download Link

Pengembaraan Bermula 03.05.09

Hari ini secara rasminya aku memulakan langkah pertama ke arah menjadi seorang smart blogger (smart blogger that make money online) ;) Setelah menghadiri sesi personal coaching yang dijalankan oleh Bro Rohaizad, aku bersama beberapa teman lain akan memulakan perjalanan kami untuk mendapatkan pendapatan secara onlineĀ  melalui dunia blogging. Ia tidak mudah, tapi tidak mustahil.

Usaha 2 orang teman yang telah menghadiri sesi personal coaching itu sebelum ini telah membuahkan hasil. Semasa sesi personal coaching kami, salah seorang daripada mereka telah dijemput untuk menceritakan pengalaman dan berkongsi idea mengenai apa yang telah beliau lakukan. Kecekalan dan kesunggahan mereka berdua membolehkan mereka memperolah hasil yang diinginkan lebih awal dari masa yang dijangkakan. Senyuman mula terukir dibibir masing- masing dan personal coaching yang diberikan oleh Bro Rohaizad sangat berguna dan banyak membantu.

Walaupun sebelum ini aku pernah menulis blog, aku menulis lebih kepada keseronokan dan kebebasan, selain teknik jana wang yang digunakan lebih kepada cuba dan jaya. Pendapatan yang diperoleh agak baik, namun berdasarkan teknik yang diajar, lebih banyak pendapatan dapat diperoleh. Smart blogging yang diajar dari personal coaching itu banyak membantu dan teknik-teknik memperoleh USD yang pertama cukup mudah dan lebih professional. Now, it’s my turn.

Maka mulai 3 Mei 2009, segala pengalaman yang aku lalui ke arah menjana pendapatan secara online akan aku coretkan di blog ini untuk dikongsi bersama selain membuka minda masyarakat mengenai profesion seorang blogger dan ke arah melahirkan lebih ramai blogger yang berjaya.