Archive for April 2009

BuddyPress 1.0 30.04.09

  • BuddyPress
  • Comments Off on BuddyPress 1.0
  • 0
  • BuddyPress akhirnya mengakhiri fasa beta dan kini keluar dengan versi 1.0.

    Download BuddyPress 1.0

    BuddyPress Release Candidate 2 23.04.09

  • BuddyPress
  • Comments Off on BuddyPress Release Candidate 2
  • 0
  • BuddyPress version 1.0 RC-2 telah disedia untuk dimuat turun.

    RC-2 ini memerlukan WordPress MU versi 2.7.1. Ciri terbaru WordPress 2.7.1 membolehkan muat turun, pemasangan dan tingkat taraf BuddyPress menerusi WordPress MU plugin admin area.

    Sekiranya anda upgrade dari RC-1, sila baca arahan tingkat taraf yang disediakan. Untuk pemasangan kali pertama, sila ikuti arahan pemasangan yang telah dikemaskini.

    Versi akhir BuddyPress dijangka dilepaskan seminggu dari sekarang.

    Download BuddyPress 1.0 RC-2

    Pelancaran RazakSAT Ditangguh 18.04.09

    PUTRAJAYA: Pelancaran satelit RazakSAT yang dijadualkan Selasa depan di Kwajalein Atoll, Republik Kepulauan Marshall, ditangguhkan berikutan masalah teknikal pada kenderaan pelancarnya, Falcon 1.

    Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Abdul Hanan Alang Endut, berkata Syarikat Space Exploration Technology (Space X) mendapati terdapat data gegaran pada kenderaan pelancar itu.

    “SpaceX syarikat yang bertanggungjawab melancarkan satelit itu mendapati data gegaran yang dialami Falcon 1 adalah pada tahap yang kurang selamat untuk RazakSAT dilancarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Kerja teknikal yang perlu dilakukan dijangka mengambil masa kira-kira enam minggu.

    Tarikh pelancaran baru akan diumumkan sebaik sahaja Falcon 1 didapati sedia dan selamat untuk dilancarkan, kata Abdul Hanan.

    Dipetik dari Bernama

    Kapal Selam Pertama Negara Tiba 25 Julai 18.04.09

  • News
  • Comments Off on Kapal Selam Pertama Negara Tiba 25 Julai
  • 0
  • KUALA LUMPUR: Kapal Selam Scorpene pertama negara, Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman, yang diterima secara rasmi daripada pengarah projek Scopene di Toulon Perancis pada 24 Januari lalu, dijangka tiba di tanah air pada 25 Julai depan.

    Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar, berkata kapal selam itu akan berlabuh di Pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, Pulau Indah, Klang, dan akan disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dalam satu upacara khas sebelum meneruskan pelayaran ke pangkalan TLDM Lumut.

    “Seterusnya, kita akan mengaturkan pergerakannya (kapal selam) ke Langkawi untuk pertunjukan Lima 2009 sebelum menuju ke pangkalan TLDM Sepanggar Sabah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian logo Jubli Intan TLDM dan pelancaran album lagu patriotik kumpulan Koir Suara (Koswa) TLDM oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal di sini.

    Abdul Aziz berkata, kapal selam KD Tunku Abdul Rahman itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh krew TLDM.

    “Mereka kini masih menjalani latihan untuk memahirkan cara pengendalian, pengoperasian dan penggunaan kapal selam untuk misi tertentu dan kita mempunyai jurulatih tentera laut Perancis untuk melatih tentera laut kita dari segi teknikal,” katanya.

    Scorpene, kapal selam tempur konvensional yang dibina di Cherbourg, Perancis oleh DCNS dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia, itu mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

    Ia antara lain dilengkapi dengan enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak, peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam.

    Kapal selam berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya.

    Mengenai status pembinaan pangkalan TLDM Sepanggar itu, Abdul Aziz berkata ia akan siap seperti yang dirancang dan akan diserahkan kepada kerajaan pada 30 Mei ini.

    Sementara itu, Abdul Aziz berkata sambutan Jubli Intan TLDM pada 27 April ini akan dipenuhi pelbagai acara termasuk majlis pengisytiharan Lumut sebagai bandar tentera laut, hari terbuka Armada bersama pameran Jom Heboh TV3, penganugerahan dan perarakan panji-panji tiga unit TLDM.

    Dipetik dari Bernama

    PHP and MySQL Web Development 16.04.09

  • Reading
  • Comments Off on PHP and MySQL Web Development
  • 0
  • # Authors : Luke Welling, Laura Thomson
    # Paperback: 896 pages
    # Publisher: Sams; Book & CD edition (March 30, 2001)
    # Language: English
    # ISBN-10: 0672317842
    # ISBN-13: 978-0672317842
    # Product Dimensions: 9.1 x 7.4 x 2.1 inches
    # Shipping Weight: 3.2 pounds

    PHP and MySQL Web Development, 4th Edition details

    4th Edition Preview