MV MAHSURI : Selamat Datang 02.02.08

Selesai menikmati sarapan pagi di Bandar Lumut, kami bergerak ke Markas Armada, Pangkalan TLDM Lumut. Tiba di Markas Armada, masing-masing membawa barang-barang ke kapal MV MAHSURI yang sedia berlabuh. Taklimat ringkas berkenaan penginapan dan pengenalan kepada krew-krew kapal diadakan sebelum kami menuju ke bilik masing-masing.
Selepas bersiap, kami diberi taklimat keselamatan dan dibawa ke sekitar kapal. Sesi pembahagian awasan diadakan selepas makan tengah hari. Setiap awasan akan menjalankan tugas mengikut masa yang telah ditetapkan.
Seperti di darat, waktu petang akan diadakan latihan fizikal. Tetapi latihan di sini agak terhad disebabkan masalah ruang. Kami hanya melakukan latihan di sekitar Geladak Penerbangan di bahagian teratas kapal.
Jam 2000, Awasan Merah memulakan tugasan pertama di kapal MV MAHSURI. Setiap anggota ditugaskan di setiap lokasi seperti Anjungan, Look Out dan Life Bouy Sentry. Mengikut masa perjalanan, kami sepatutnya tiba di Langkawi jam 2100 H. Namun, atas sebab latihan, Pegawai Memerintah membenarkan kapal berlayar sekitar Selat Melaka supaya setiap anggota mendapat pengalaman dalam pengemudian kapal dan bahagian navigasi lain.
Jam 0000 H, Awasan Putih mengambil alih tugas untuk sesi Middle Watch.
9 Comments
woot! nak gambar lagi
Thu 28th February, 2008
reply
ermm…
cam besar je Mahsuri ni. brape plane leh darat ? :P
Sat 1st March, 2008
reply
eee seronoknya dapat naik kapal macam tu….
Sun 2nd March, 2008
reply
huiyoo..lawa theme..ganas ganas :D
Fri 7th March, 2008
reply
wahhhh bestnyer naik kapal besar
Sat 8th March, 2008
reply
WEIPP!
Fri 14th March, 2008
reply
WEIPP! apesal ko tukar theme lawa ni?
huh! tak aci! tak aciii!
Fri 14th March, 2008
reply
tak lawa ar theme nih..gelap n tak menyerlah..mcm nak bace pun malas jer…
Tue 18th March, 2008
reply
bgus la den…sory br th ko pnya web byk info yg mantap
cyayok222
Wed 9th July, 2008
reply
Wanna say something?
If you've got an opinion about MV MAHSURI : Selamat Datang - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!