Windows XP Service Pack 3 Build 3264 – Muat Turun Di Sini! 21.12.07

Windows XP Service Pack 3 Release Candidate

Microsoft dari semasa ke semasa akan menggabungkan segala kemaskini-kemaskini, pembaharuan-pembaharuan dan segala peningkatan sistem melalui satu pakej dikenali sebagai Service Pack. Windows XP Service Pack 3 Build 3264 adalah versi Release Candidate untuk Windows XP SP3. Microsoft secara rasminya telah mengumumkan bahawa Windows XP SP3 akan dikeluarkan pada awal tahun 2008.

Windows XP Service Pack 3 (SP3) akan dilengkapi segala kemaskini-kemaskini terbaru Windows XP, kemaskini keselamatan, prestasi dan kestabilan serta segala hotfixes untuk Windows XP. Ia turut disertakan dengan beberapa pembaharuan terkini yang tidak merubah cara kerja pengguna dengan sistem operasi itu secara mendadak.

Maklumat lanjut Windows XP SP3 boleh diperoleh daripada Overview of Windows XP Service Pack 3.

Muat turun Windows XP Service Pack 3 Build 3264 disini.

Langkah untuk membuang Windows XP SP3 Release Candidate daripada komputer

Untuk uninstall Windows XP SP3 RC, ikuti arahan berikut:

  • Klik Start, klik Run, taip appwiz.cpl, dan kemudian tekan Enter.
  • Klik Change or Remove Programs.
  • Tekan Windows XP Service Pack 3 (936929), dan klik butang Remove.
  • Restart komputer anda.

Windows XP Service Pack 3 RC adalah versi pra-lancar dan akan berubah sebelum versi akhir dikeluarkan. Perisian ini diedarkan untuk tujuan pandu uji sahaja. Microsoft tidak menggalakkan penggunaan perisian ini pada sistem utama dan sistem misi kritikal. Anda disarankan untuk membuat simpanan data sebelum menggunakan mana-mana perisian pra-lancar. Sokongan dan bantuan boleh didapati menerusi bantuan sendiri atau melalui forum Windows XP SP3. Windows XP SP3 versi Release Candidate tidak menyediakan sokongan melalui telefon, emel dan ruang bual atas talian daripada Microsoft Support. Harap maklum.

Wanna say something?

If you've got an opinion about Windows XP Service Pack 3 Build 3264 – Muat Turun Di Sini! - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!

:

: