Tonton Filem Star Wars Dalam Command Prompt

Membaca + boring

Anda mahu menonton filem dalam command prompt? Tahukah anda bahawa dengan command prompt, anda boleh menonton beberapa filem versi hitam putih, menarik bukan?

Aplikasi command prompt merupakan suatu aplikasi penting dalam Microsoft Windows sejak ia mula dilancarkan. Namun, ia jarang digunakan kerana ia tidak mesra pengguna dan pengguna mudah bosan dengan paparan antara mukanya yang tidak berasaskan antara muka bergrafik.

Apakah yang boleh dilakukan command prompt? Ya, untuk menghilangkan bosan, anda boleh menonton filem Star Wars melalui command prompt. Ikuti langkah-langkah berikut.

Tonton Filem Star Wars Dalam Command Prompt

  • Buka tetingkap Run melalui menu Start atau gunakan capaian kekunci Windows dan R secara serentak.
  • Taip ini :

telnet towel.blinkenlights.nl

Command Prompt Trick

  • Tekan kekunci Enter dan nikmati keseronokannya!!

Command Prompt Trick

Selamat menonton!!

p/s : Trick ini hanya berjaya dalam Windows XP.