Muat Turun Windows Vista Service Pack 1 Public Release Candidate 13.12.07

Windows Vista Service Pack 1 Release Candidate 1

Windows Vista Service Pack 1 Release Candidate kini dibuka sebagai free download kepada umum. Kepada pengguna-pengguna Windows Vista, anda boleh akses, download dan install Release Candidate untuk Service Pack ini tanpa sebarang bayaran daripada Microsoft. Seperti tradisi biasa testing release untuk produk terkini Microsoft, para pengguna boleh memandu uji dan mencuba Vista SP1 RC1 ini sehingga 30 Jun 2008.

Versi pra-beta pertama Windows Vista Service Pack 1 telah dimulakan sejak pertengahan Julai 2007 kepada beberapa penguji terpilih. Windows Vista SP1 merupakan kemaskini pertama Microsoft untuk Windows Vista sejak ia dilancarkan Januari lalu. Dengan ketibaan Vista SP1 RC1 kepada umum, Microsoft dijangka bakal melancarkan versi akhir kemaskini tersebut pada awal tahun 2008.

Anda boleh muat turun Windows Vista SP1 RC1 melalui laman web Softpedia atau melalui Windows Update.

Muat turun Standalone Installer untuk Windows Vista Service Pack 1 Release Candidate

Windows Vista SP1 RC1 adalah versi pra-lancar dan akan berubah sebelum versi akhir dikeluarkan. Perisian ini diedarkan untuk tujuan pandu uji sahaja. Microsoft tidak menggalakkan penggunaan perisian ini pada sistem utama dan sistem misi kritikal. Anda disarankan untuk membuat simpanan data sebelum menggunakan mana-mana perisian pra-lancar. Sokongan dan bantuan boleh didapati menerusi bantuan sendiri atau melalui forum Windows Vista SP1. Windows Vista SP1 versi Release Candidate tidak menyediakan sokongan melalui telefon, emel dan ruang bual atas talian daripada Microsoft Support. Harap maklum.

Wanna say something?

If you've got an opinion about Muat Turun Windows Vista Service Pack 1 Public Release Candidate - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!

:

: