Muat Turun Firefox Tanpa Menggunakan Pelayar Web 22.12.07

Beberapa isu yang dibangkitkan berkaitan Internet Explorer menimbulkan beberapa persoalan menarik. Antaranya, jika pelayar web Microsoft itu tidak berfungsi seperti yang dikehendaki atau mengalami masalah serius, bagaimana pengguna boleh mendapatkan pelayar web lain yang boleh berfungsi tanpa bantuan rakan-rakan? Idea arahan “ftp” dalam baris perintah command prompt yang sedia ada dalam Windows mungkin satu jalan penyelesaiannya.
Muat Turun Firefox Tanpa Menggunakan Pelayar Web
- Buka tetingkap Run melalui menu Start atau gunakan capaian kekunci Windows dan R secara serentak.
- Taip “cmd” tanpa “”dan Enter.
- Di bawah paparan hasil carian, klik kanan tetikus pada carian terpilih dan pilih “Run as administrator” untuk pengguna Windows Vista. Untuk pengguna XP, pastikan anda mempunyai akses sepenuhnya dengan satu akaun admin untuk mencuba.
- Taip arahan berikut dalam tetingkap command promp tanpa “”"”. “ftp ftp.osuosl.org“. Enter.
- Anda akan diminta untuk memasukkan nama pengguna dn kata laluan. Hanya masukkan “anonymous” dan tekan enter pada kata laluan.
- Anda kini telah berjaya log masuk.Untuk arahan seterusnya, masukkan “cd /pub/mozilla.org/firefox/releases/2.0.0.11/win32/en-US/” dan Enter.
- Anda boleh mula memuat turun Firefox dengan menaip “mget *.exe“.
- Taip “yes” untuk pengesahan.
- Tunggu sehingga fail siap dimuat turun dan taip “quit” untuk keluar.
- Sekarang, taip “Firefox Setup 2.0.0.11.exe” dengan “” untuk install Firefox dalam sistem anda. Semoga berjaya!
Related Articles
- Log Masuk Secara Automatik Ke Dalam Windows 7
- Tonton Filem Star Wars Dalam Command Prompt
- Windows XP Service Pack 3 Build 3264 – Muat Turun Di Sini!
- Versi Preview Yahoo! Messenger Untuk Windows Vista
- Cara Menggunakan Beberapa ID Dengan Yahoo! Messenger
- Tukar Maklumat Pengguna Komputer Anda
- Muat Turun Windows Vista Service Pack 1 Public Release Candidate
- Turn On Remote Desktop Dalam Windows 7
- Laman Muat Turun Windows 7 Beta Dibuka
- Penyelesaian Serangan Virus New Folder.exe
Wanna say something?
If you've got an opinion about Muat Turun Firefox Tanpa Menggunakan Pelayar Web - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!