Start Komputer Dalam Safe Mode 18.11.07

Safe Mode (mod selamat) adalah cara lain untuk memulakan Windows apabila berlakunya masalah kritikal pada sistem yang menggagalkan operasi biasa Windows. Tujuan Safe Mode adalah untuk membolehkan anda menyelesaikan masalah Windows dan cuba mengenal pasti punca keadaan itu berlaku. Setelah masalah dikenal pasti dan dibaiki, anda boleh Reboot dan memulakan Windows seperti biasa.
Dalam Safe Mode, anda hanya mempunyai akses kepada fail-fail dan pemacu-pemacu asas (tetikus, papan kekunci, video asas, storan, servis sistem, tiada sambungan internet) sahaja. Anda boleh memilih pilihan Safe Mode with Networking, dimana dilengkapi servis penting dan pemacu untuk memulakan rangkaian. Pilihan Safe Mode with Command Prompt pula manggunakan bentuk baris perintah berbanding antara muka pengguna (GUI) dalam Safe Mode. Manakala, Last Known Good Configuration akan memulakan komputer menggunakan maklumat daftar (registry) yang disimpan pada kali terakhir komputer ditutup.
Pilihan menu Safe Mode juga akan dimulakan dengan sendirinya apabila Windows gagal untuk Start seperti biasa atau komputer tidak di tutup dengan betul.
Perbezaan Safe Mode berbanding Standard Boot :
Kebanyakan pemacu peranti tidak dimuat. Pemacu peranti adalah perisian yang digunakan Windows untuk berhubung dengan peralatan seperti pencetak dan scanner.
Menggunakan mod grafik VGA biasa berbanding pemacu peranti grafik. Mod ini disokong oleh semua kad video Windows.
Desktop Windows dimuat dengan paparan 16 warna pada resolusi 640 x 480 dengan perkataan “Safe Mode” pada setiap penjuru.
Memulakan Komputer Dalam Safe Mode
- Klik Start dan Restart komputer.
- Tekan kekunci F8 (untuk beberapa ketika) selepas komputer bermula sehingga paparan Windows Advanced Options Menu muncul.

- Pilih pilihan Safe Mode yang sesuai dan tekan Enter.

- Windows akan masuk dalam Safe Mode. Klik Ok.

- Restart komputer untuk kembali ke mod biasa.
P/s : Pastikan Num Lock ditutup sebelum menggunakan kekunci arah pada pad nombor untuk membolehkan ia berfungsi.
Related Articles
- Demo Percuma Need For Speed ProStreet
- Turn On Remote Desktop Dalam Windows 7
- Microsoft Remote Desktop Connection Client Untuk Mac OS X
- Cara Menggunakan Beberapa ID Dengan Yahoo! Messenger
- Pelbagaikan Pemain YouTube Anda
- Kesan Virus Ravmon Dan Penyelesaian
- Restore Mac Anda Dengan Time Machine
- Penyelesaian Serangan Virus New Folder.exe
- Muat Turun Firefox Tanpa Menggunakan Pelayar Web
- Windows Vista : Ke Mana Mahu Cepat – cepat ?
2 Comments
Wahhh completeee… Mekasih che’gu Oden….
Mon 19th November, 2007
reply
baguih hang ni…buat pasal computer. good inpo
Tue 20th November, 2007
reply
Wanna say something?
If you've got an opinion about Start Komputer Dalam Safe Mode - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!